John Terry Ucap Selamat Tinggal Chelsea Selepas 22 Tahun Bermain Untuk The Blues

Kapten The Blues, John Terry mengucapkan selamat tinggal Chelsea. Ini selepas beliau megesahkan akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.

Ianya selepas lebih dua dekad bermain untuk kelab tersebut. Berita tersebut turut dikongsikan oleh media rasmi Chelsea.

Dalam akaun instagram beliau, Terry memuat naik gambar yang mungkin akan membuatkan penyokong Chelsea rasa tersentuh hati.

Lagenda John Terry

Terry menjadi kapten paling berjaya di dalam sejarah kelab Chelsea dengan 4 gelaran EPL, 1 UCL, 5 Piala FA, 1 Liga Europa dan 3 Piala Liga.

Terry telah membuat 713 penampilan untuk Chelsea sejak debut 1998 beliau – 578 daripadanya sebagai kapten.

Dalam satu kenyataan rasmi, Terry berkata:

“Saya rasa saya masih mempunyai banyak kudrat untuk diberikan di atas padang. Akan tetapi, saya memahami bahawa peluang saya di sini di Chelsea agak terhad.”

Selamanya The Blues

Terry, yang telah menjaringkan 66 gol untuk Chelsea. Beliau telah menyertai Chelsea sejak berusia 14 tahun.

Namun begitu, John Terry hanya muncul dalam empat perlawanan EPL musim ini.

Beliau mejadi pemain ketiga dengan penampilan terbanyak untuk Chelsea di belakang Ron Harris dan Peter Bonetti. Namun Terry adalah pemain paling banyak menjadi kapten pasukan.

Terry membuat penampilan pertama beliau untuk Chelsea ketika berusia 17 tahun dalam perlawanan League Cup 1998.

Beliau telah menjaringkan 40 gol di EPL setakat ini. Beliau bermain hampir kesemua perlawanan dalam kariernya di Chelsea. Hanya enam penampilan pinjaman untuk Nottingham Forest pada tahun 2000.

“Sudah pastinya saya akan sentiasa menjadi The Blues. Saya juga sangat teringin untuk menamatkan musim terakhir saya di Chelsea dengan satu lagi kejuaraan liga.”

“Saya tahu yang saya meninggalkan kelab ini pada masa yang betul, dengan cara yang betul, dan saya rasa bahawa akhir musim ini adalah masa yang tepat untuk kelab ini dan saya sendiri.”

Terry bersara daripada bola sepak antarabangsa pada tahun 2012 selepas memenangi 78 caps England.

Pada awal musim 2014/15. Terry memberikan bayangan akan meninggalkan Chelsea.

Namun selepas Terry cemerlang membantu Chelsea untuk kembali merangkul kejuaraan EPL, Terry dihadiahkan dengan lanjutan kontrak setahun dengan Blues Mei 2016.

“Saya tidak sabar-sabar untuk kembali bermain dan menikmati cabaran baru pada masa akan datang.”

“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan cinta saya untuk kelab ini dan peminat Chelsea yang luar biasa.”

“Anda semua amat bermakna dalam hidup saya dan saya tidak akan lupa perjalanan yang luar biasa kita telah lalui bersama.”

Destinasi seterusnya?

John Terry dilaporkan lebih berminat untuk kekal di EPL berbanding dengan liga lain.

Berdasarkan kenyataan beliau selamanya ‘biru’, kami jangkakan beliau tidak akan bermain dengan mana-mana pasukan London jika kekal di EPL musim hadapan.

Baca juga:Adakah Pemain Brisbane Roar Ini Bakal Sarung Jersi JDT Tak Lama Lagi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN