Marcelo ‘El Loco’ Bielsa pastinya berbangga dengan perkembangan berita ini.
Ini kerana ketua jurulatih Itali, Antonio Conte bakal menguji formasi 3-4-3 dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada Khamis esok (24 Mac 2016).
Menurut laporan Sky Sport Italia, taktik baru itu mula dilaksanakan oleh Conte dalam latihan pasukan kebangsaan Itali semalam (waktu Malaysia).
Seperti yang diketahui ramai, formasi 3-4-3 dipopularkan oleh Marcelo Bielsa sebagai salah satu cara untuk menentang taktikal pasukan yang gemar menggunakan 2 penyerang.
Formasi ini sangat fleksibel dan boleh ditukar menjadi 4-3-3 ketika menentang pasukan yang menggunakan 1 penyerang.
Selain fleksibiliti yang ditawarkan formasi 3-4-3, Conte turut memilih taktik baru ini kerana:
- memanfaatkan keserasian 3 pertahanan tengah Juventus iaitu Leonardo Bonucci, Andrea Barzagli dan Giorgio Chiellini.
- memanfaatkan kehebatan pemain-pemain sayap Itali seperti Eder, Antonio Candreva, Stephan El Sharaawy, Lorenzo Insigne, Federico Bernardeschi, Emanuele Giaccherini dan Roberto Soriano.
Dalam latihan semalam, Sky Sport Italia mendedahkan Graziano Pellè bertugas sebagai penyerang tengah sambil diapit oleh Eder dan Antonio Candreva.
Conte turut mencuba trio jentera serangan Simone Zaza, Federico Bernardeschi dan Stephan El Sharaawy semalam.
Di posisi defensive midfielder, Conte mencuba Jorginho dan Thiago Motta. Marco Veratti masih cedera manakala Daniel de Rossi dan Andrea Pirlo tidak terpilih dalam skuad Conte kali ini.
Manakala, Ricardo Montolivo pula diuji di posisi central attacking midfielder.
Di posisi midfielder kiri dan kanan, Luca Antonelli dan Alessandro Florenzi menjadi pilihan utama Conte. Lorenzo De Silvestri dan Emanuele Giaccherini juga diuji dalam posisi tersebut.
Memandangkan Giorgio Chiellini dan Andrea Barzagli cedera, Conte telah mencuba trio Matteo Darmian, Leonardo Bonucci dan Franceseco Acerbi sebagai back three Itali.
Conte turut mencuba trio Andrea Ranocchia, Daniele Rugani dan Davide Astori sebagai alternatif.
Di posisi penjaga gol, Gianluigi Buffon tidak kelihatan dalam latihan selepas dilaporkan selsema. Jadi Conte menguji Mattia Perin dan Salvatore Sirigu pula.
Barisan kemungkinan Itali menentang Sepanyol adalah seperti berikut:
Baca juga: Buffon Tulis ‘Surat Cinta’ Untuk Pintu Gol Sempena Rekod Serie A Yang Dipecahnya