Permulaan yang mengejutkan untuk Chelsea dalam permulaan kempen mereka musim ini. Selepas tewas dalam penentuan penalti dalam perlawanan perisai komuniti, skuad Biru ini dikejutkan oleh Burnley di halaman sendiri.
3-0! Itulah yang terpampang pada papan skor pada separuh masa pertama.
Antonio Conte seperti biasa terus mahukan anak-anak buahnya bangkit dan bangkit di dalam padang. Conte terpaksa akur yang hari semalam bukan milik mereka.
Conte memberitahu yang pasukan beliau tampil dengan 2 wajah berbeza pada semalam. Beliau berkata:
“Sudah pastinya kad merah Gary (Cahill) adalah detik penting yang menyebabkan kami hilang ketenangan di dalam padang dan melepaskan 3 gol.”
“Kami harus banyak memperbaiki aspek ini. Perkara ini memang biasa berlaku, dalam keadaan seperti tadi, kami harus terus memberikan fokus kepada perlawanan dan cuba yang terbaik dalam baki perlawanan tersebut.”
“Namun malangnya kami hilang tumpuan dan melepaskan 3 gol.”
Itu adalah aspek yang negatif pada pandangan Conte. Namun dari sudut positif, pengendali dari Itali ini memberikan kredit kepada aksi mereka di separuh masa kedua.
“Pada separuh masa kedua, sangat sukar untuk kami mengubah keputusan walaupun semua pemain saya telah berusaha sedaya upaya. Saya bangga dengan usaha mereka.”
“Jadi, hari ini saya rumuskan 2 ‘wajah’ pasukan kami. Positif (baik) untuk separuh masa kedua, dan negatif (buruk) untuk separuh masa pertama.”