Quantcast

BERITA

Datuk Ong Kim Swee Seru Sorakan Semangat Ultras Malaya Dan Rakyat Malaysia

Kelmarin ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee telah meminta kepada para pemainnya untuk kekalkan konsistensi dan fokus dalam persaingan Sukan SEA 2017.

Pada kali ini Datuk Ong Kim Swee meniup semboyan menyeru seluruh rakyat Malaysia berdiri di belakang Harimau Malaya. Ini termasuk Ultras Malaya dan peminat fanatik bola sepak tanah air.

Datuk Ong Kim Swee menyatakan faktor penyokong juga mampu membantu para pemainnya dalam persaingan temasya Sukan SEA kali ini kerana akan beraksi sebagai tuan rumah.

Berbanding tiga edisi sebelum ini, beliau telah membawa para pemainnya beraksi di tempat lawan dan pasti semua masih ingat ranjau yang terpaksa mereka lalui sebelum menjuarai Sukan SEA di Jakarta pada edisi 2011 yang lalu.

Datuk Ong Kim Swee

“Kita perlu menggunakan setiap kelebihan yang ada dan faktor penyokong amat membantu pemain, tanpa mengambil kira siapa lawan kita.

“Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, saya pasti kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri mampu menjadi faktor yang membezakan kita dengan pasukan lawan,¬†ujar Kim Swee kepada Berita Harian.

Kim Swee turut mengimbau kejayaan skuad Harimau Muda A bimbingannya menjuarai Pestabola Merdeka pada edisi 2013.

Ultras Malaya telah menjadi antara tonggak penting yang telah mendorong skuadnya untuk beraksi baik hingga ke pentas final, menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

“Ketika skuad muda negara menjuarai Pestabola Merdeka 2013, ultras (Ultras Malaya) antara tonggak penting yang mendorong kami mencapai kejayaan itu, dan saya harap perkara sama dilakukan pada temasya ini,” ujar Kim Swee yang mengharapkan kehadiran kumpulan penyokong tersebut untuk semua aksi skuadnya.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!