Quantcast
Guardiola: "Kualiti Serangan Kami Tidak Cukup Bagus Untuk Mencabar Kejuaraan Liga"


BERITA

Guardiola: "Kualiti Serangan Kami Tidak Cukup Bagus Untuk Mencabar Kejuaraan Liga"

Sunday, 13 Aug 2017

Pep Guardiola menyatakan beliau lega dengan kejayaan menang perlawanan pertama musim ini namun beliau kurang gembira dengan kualiti di bahagian serangan.

Sebelum ini Guardiola memberitahu masalah utama City adalah apabila berada di dalam kotak penalti, mereka tidak cukup tajam untuk menyudahkan peluang yang dicipta.

Dalam perlawanan menentang Brighton, pasukan City melakukan 14 cubaan gol dan hanya 6 sahaja yang tepat. Cuma 1 gol dihasilkan, dan 1 gol lagi adalah kesilapan pertahanan lawan yang melepaskan gol sendiri.

7 daripada cubaan gol mereka adalah dari dalam kotak penalti. Jadi, Pep Guardiola ada sebab untuk mengisukan semula perkara ini.

Guardiola menyatakan yang pasukan beliau seperti sebuah pasukan League 1 ataupun pasukan peringkat koferens. Untuk pengetahuan pembaca semuanyaBOLA, League 1 adalah pasukan divisyen 3 dalam struktur Liga Inggeris.


Manakala pasukan konferens merujuk kepada pasukan yang beraksi dalam Liga Kebangsaan ataupun National League. Ia adalah pasukan divisyen ke-6 dalam hierarki Liga Inggeris.

Guardiola tidak gembira dengan cara pasukan beliau menyerang. Beliau berkata:

“Kami banyak berlari pada hari ini. Anda tidak melihat seorang pun pemain saya yang tidak berlari. Saya bangga dengan itu.”

“Cara kami bermain hari ini tidak seperti pasukan ‘besar’ seperti yang dilabel orang di luar sana kepada kami.”


“Musim lalu kami banyak berlari tetapi gagal menjaringkan gol. Hari ini kami berjaya menjaringkan gol.”

“Namun kami perlu lebih tajam di dalam kotak penalti untuk menjadi pencabar kejuaraan liga. Hari ini, pasukan kami lebih seperti sebuah pasukan League 1 ataupun sebuah pasukan di liga Konferens.”

“Harap selepas ini kami menjadi lebih baik dalam aspek tersebut.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Guardiola: "Kualiti Serangan Kami Tidak Cukup Bagus Untuk Mencabar Kejuaraan Liga"



Berita Bola Yang Menarik