Chiesa Lebih Bersedia Di Juventus Selepas ‘Berguru’ Dengan Ribery

Frank Ribery Federico Chiesa Juventus Fiorentina

Selepas Federico Chiesa sah menyertai Juventus secara pinjaman selama dua tahun, timbul tanda tanya sama ada bintang muda itu mampu untuk menyerap tekanan beraksi di salah satu pasukan terbaik dunia.

Sebahagian pemain muda berbakat yang menyertai kelab utama Eropah berakhir dengan kegagalan sama ada mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan baharu ataupun tidak mampu untuk menggalas harapan yang terlalu tinggi.

Bagaimanapun ada yang berpendapat Juventus mendapatkan Chiesa pada waktu yang betul. Usianya kini sudah pun mencecah 23 tahun dan telah diberi pendedahan yang cukup sepanjang empat tahun beraksi bersama skuad utama Fiorentina dengan merekodkan 34 gol serta menyumbang 25 bantuan jaringan dalam dalam 153 penampilan.

https://twitter.com/jessy62457480/status/1311341934745726990?s=20

Melihat kepada senarai pemain Juventus, pastinya bukan laluan mudah untuk pemain kelahiran Genoa itu merebut tempat dalam kesebelasan utama. Dengan kehadiran dua lagi pemain baharu iaitu Alvaro Morata dan Dejan Kulusevski, Chiesa perlu bekerja keras untuk membuktikan kemampuannya.

Ketika perlawanan menentang AS Roma tempoh hari, pengurus Juventus Andrea Pirlo menggunakan formasi 3-4-1-2 dengan meletakkan gandingan Cristiano Ronaldo bersama Morata di bahagian serangan sambil dibantu seorang pemain tengah menyerang.

Seandainya taktikal tersebut menjadi ‘kegemaran’ buat pengendali baharu Juventus itu, maka Chiesa perlu bersedia untuk disenaraikan di mana-mana sahaja posisi sama ada sebagai penyerang, di belakang penyerang utama, sayap menyerang mahupun sayap bertahan (wingback).

Mungkin ianya bukanlah satu masalah yang besar buat Chiesa memandangkan ketika musim terakhirnya di Fiorentina, juga kerap menggunakan formasi 3-5-2 dan Chiesa dilihat mampu menyesuaikan diri dengan taktikal tersebut.

Ketika di Fiorentina, Frank Ribery pernah menyatakan beliau tidak suka melihat Chiesa menjadi penyerang kerana posisi itu akan mengurangkan peranannya di atas padang. Baginya pemain muda itu lebih sesuai diletakkan di bahagian sayap bagi membantu pasukan menggerakkan serangan bermula dari bawah ke atas.

“Chiesa memiliki bakat yang luar biasa. Dia perlu terus fokus untuk bekerja keras dan beraksi sekerap mungkin supaya dapat meningkatkan kemampuannya,” ujar bekas pemain Bayern Munich itu.

Bekas ketua jurulatih Itali, Cesare Prandelli pernah meramal Chiesa bakal menjadi pemain sayap terbaik di Eropah kerana mempunyai kepintaran dalam corak permainannya dan juga seorang pemain serba boleh yang boleh beraksi di beberapa posisi.

Walau apa pun, segala persoalan akan terjawab dalam musim pertama Chiesa di Turin.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN