Chelsea berjaya meredakan tekanan di Stamford Bridge dengan kemenangan ke atas seteru sebandar Tottenham Hotspur.
Chelsea melalui minggu sukar, dengan krisis prestasi mereka sebelum ini. Ketika perlawanan final Piala Carabao menentang City, Chelsea dilihat bermain sangat baik namun dipalit kontroversi melibatkan Kepa Arrizabalaga.
Kepa digugurkan daripada kesebelasan utama dalam perlawanan ini, ianya salah satu tindakan yang diambil oleh Sarri kerana ingkar arahan. Sebelum ini Sarri mendedahkan kelab Chelsea sudah mengambil tindakan bagi pihak kelab.
Sarri memberikan jaminan, Kepa akan bermain dalam perlawanan selepas ini walaupun digugurkan daripada kesebelasan utama.
Sarri says that Kepa will play again in one of the next two games and remains his no.1 goalkeeper, even though he was put on the bench tonight. #CHETOT
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 27, 2019
Di atas padang, Chelsea bermain dengan baik berhadapan dengan pasukan big six. Chelsea juga hampir pasti menamatkan impian Spurs yang mahu mengejar Man. City dan Liverpool untuk kejuaraan EPL.
Gonzalo Higuain melakukan percubaan awal yang terkena tiang. Harry Winks turut melakukan perkara yang sama.
Bersambung babak kedua, Chelsea akhirnya di hadapan pada minit ke-57 menerusi Pedro – yang menewaskan Hugo Lloris dengan percubaan yang menyaksikan bola melalui celah kangkang Lloris.
Pedro melakukan percubaan itu daripada sudut sukar.
Kane kemudian mempersia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan. Malam Spurs bertukar daripada buruk kepada lebih teruk apabila Kieran Trippier tertampan bola ‘flick’ oleh Giroud ke gawang sendiri – pada baki 6 minit perlawanan.
Ianya jelas jaringan sendiri yang akan menghantui Trippier. Mana tidaknya, beliau cuba menghantar bola kepada Lloris namun kedua-dua pemain gagal berkomunikasi dengan lebih baik.
https://twitter.com/KIoppesque/status/1100873883249446918
https://twitter.com/amadoit__/status/1100875493262397446
Ianya jelas membuatkan sisa-sisa perjuangan Tottenham dalam perlawanan ini berakhir. Chelsea menang 2-0.
Di pertahanan Chelsea jelas bermain dengan baik membuatkan Willy Caballero tidak begitu banyak menerima ancaman.
Maurizzio Sarri sendiri memuji corak bertahan Chelsea pada perlawanan ini yang disifatkan beliau lebih agresif dalam mematikan ancaman.
Sarri praises the defending tonight and adds that we also defended well in the previous two games. He adds that he thinks the level of our aggression is now different. #CHETOT
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 27, 2019
Chelsea meneruskan cabaran mereka untuk berebut slot ke UCL pada musim hadapan. Mereka sedar, mereka tidak boleh keciciran mata lagi sekiranya mahu berada dalam 4 teratas.
Mauricio Pochettino jelas kecewa dengan barisan serangan mereka yang gagal mencipta sebarang percubaan tepat ke arah gol Chelsea. Ianya sudah cukup menceritakan betapa sukarnya Spurs dalam perlawanan ini.
🗣️ Mauricio reflects on tonight's defeat at Chelsea. pic.twitter.com/WbpRf9OG4j
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 27, 2019
Ikuti rangkuman perlawanan di sini: