Crystal Palace 1 Man. United 3: Solskjaer Cipta Satu Lagi Rekod Luar Biasa

Ole Gunnar Solskjaer menurunkan Alexis Sanchez dan juga Romelu Lukaku di bahagian serangan. Pasukan Man. United berhadapan dengan krisis kecederaan.

Crystal Palace memiliki rekod buruk berhadapan dengan United, di mana mereka gagal menang ke atas United dalam 20 perlawanan EPL – kekalahan kali ini adalah ke-16 dalam tempoh yang sama.

Lukaku hampir meletakkan Man. United di hadapan lebih awal apabila beliau menerima sepakan penjuru daripada Luke Shaw. Namun percubaan beliau tersasar.

Namun Lukaku memastikan beliau tidak melakukan kesilapan pada minit ke-33. Berpunca daripada gerakan Shaw, Lakaku kali ini menyempurnakan hantaran oleh pemain bek sisi tersebut dengan satu lencongan ke penjuru hujung.

Bekas pemain Man. United, Wilfred Zaha menjadi ancaman utama mereka dengan kepantasan dan kelincahan beliau. Schlupp hampir menyamakan kedudukan apabila menerima hantaran lintang cantik daripada Andros Townsend.

Selepas melihat Palace semakin bernafsu untuk membalas gol mereka, Man. United memperkemaskan aksi mereka pada separuh masa kedua.

Lukaku menambah satu lagi gol pada minit ke-52, menyudahkan umpanan daripada Lindelof dalam keadaan yang agak panik di hadapan gol Palace. Lukaku melakukan rembatan terus ke gawang gol.

Joey Ward merapatkan kedudukan pada minit ke-66. Namun Ashley Young memastikan United pulang dengan 3 mata. Young menyempurnakan hantaran oleh Pogba – pemain yang terus cemerlang di bawah Solskjaer.

Pogba turut menyamaai pencapaian terbaik beliau secara individu.

Selain daripada tidak kalah dalam semua perlawanan EPL – sejak mengambil alih daripada Jose Mourinho – Solskjaer juga mencipta rekod baharu sebagai pengurus Man. United pertama mencipta kemenangan dalam 8 perlawanan di tempat lawan secara berturut-turut.

Kemenangan ini meletakkan Man. United kekal di tangga ke-5 di belakang Arsenal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN