Arsenal 5 Bournemouth 1: Kemenangan Terbesar Arsenal Bawah Kendalian Unai Emery Di Emirates

Mesut Ozil menjadi arkitek penting dalam kemenangan besar 5-1 Arsenal ke atas Bournemouth. Sebelum perlawanan, ramai yang tertanya-tanya sama ada Mesut Ozil akan bermula dalam kesebelasan utama pasukan?

Ozil kembali semula ke dalam kesebelasan utama, tidak mengambil masa yang lama apabila beliau meletakkan Arsenal di hadapan kurang 4 minit perlawanan bermula. Ozil menyudahkan hantaran Sead Kolasinac.

Henrikh Mkhitaryan menggandakan pendahuluan Arsenal pada minit ke-27.

Bournemouth memperbaiki rentak permainan mereka dan cuba bangkit. The Cherry merapatkan jurang pada minit ke-30 menerusi Lys Mousset yang memanipulasi kesilapan Guendouzi.

Bolos itu merupakan yang ke-1000 oleh Arsenal dalam saingan EPL. Ini menjadikan mereka keluarga baharu untuk pasukan yang bolos 1000 kali dalam EPL.

Bersambung babak kedua, Laurent Koscielny menyempurnakan hantaran Henrik Mkhitaryan pada minit ke-47.

12 minit kemudian, Pierre-Emerick Aubameyang menjadikan kedudukan 4-1 dengan menewaskan Artur Boruc.

Gol ke-5 Arsenal pula menyusul menerusi pemain gantian Alexandre Lacazette yang melakukan sepakan percuma yang sangat cantik. Ini bermakna Arsenal ada 5 penjaring berbeza dalam 5 gol mereka.

Arsenal menang 5-1. Kemenangan ini menyaksikan The Gunners kekal berada di tangga ke-4, dalam usaha mereka mahu kembali semula ke UCL.

Unai Emery pastinya lega dengan keputusan ini, dan ianya juga merupakan kemenangan terbesar Unai Emery di Emirates sebagai pengurus Arsenal.

Anda boleh saksikan rangkuman aksi Arsenal di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN