Chelsea Minta Lebih Untuk Dominic Solanke Selepas Cemerlang Bersama England B-20

Chelsea akan meminta pampasan melebihi angka £10 juta sebagai pampasan dari Liverpool untuk penyerang yang mempunyai prospek besar, Dominic Solanke.

Jumlah pampasan itu dikatakan meningkat selepas penyerang muda berusia 19 tahun itu beraksi cemerlang di Kejohanan Piala Dunia Bawah-20 di Korea Selatan baru-baru ini.

(Photo by Alex Morton – FIFA/FIFA via Getty Images)

Solanke sudah bersetuju untuk menyertai Liverpool.

Tetapi peraturan membabitkan pemain dari tempat sendiri yang di bawah usia 24 tahun menetapkan kelab asal boleh meletakkan tambahan harga yang lebih besar walaupun sudah tidak mempunyai kontrak bersama kelab asal.

Buat masa ini, persetujuan masih jauh daripada tercapai di antara Chelsea dan Liverpool membabitkan harga yang wajar untuk Solanke.

Chelsea menolak tawaran Liverpool pada harga £3 jutajauh daripada nilai yang diharapkan oleh hierarki di Stamford Bridge.

Seandainya tidak ada persetujuan dapat dicapai di antara kedua-dua kelab ini, maka penyelesaian di tribunal akan menjadi jalan penyelesaian terakhir.

. (Photo by Chung Sung-Jun – The FA/The FA via Getty Images )

Chelsea pada asalnya menilai perpindahan Solanke pada harga £8 juta. Bagaimanapun kecemerlangan Solanke dalam kejohanan Piala Dunia B-20 memain peranan untuk harga itu naik melebihi nilai £10 juta.

Dominic Solanke adalah penjaring kedua terbanyak di kejohanan yang baru sahaja tamat di Korea Selatan pada hujung minggu yang lalu.

4 gol jaringan Solanke memastikan England muncul sebagai pemenang kejohanan tersebut setelah pasukan ‘Three Lions’ tidak pernah memenangi apa-apa di pentas antarabangsa sejak lebih 50 tahun yang lalu.

(Photo by Chung Sung-Jun – The FA/The FA via Getty Images )

Solanke juga turut memenangi anugerah Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan meletakkan beliau sebaris dengan Paul Pogba, Lionel Messi, Sergio Aguero, Diego Maradona dan ramai lagi sebagai pemenang edisi terdahulu.

Englang muncul juara kejohanan Piala Dunia B-20 selepas menewaskan Venezuela 1-0 dalam aksi final pada Ahad lalu.

Potensi seseorang pemain untuk menjadi sorang bintang satu hari nanti adalah antara faktor yang digunapakai oleh pihak tribunal untuk menentukan harga seseorang pemain.

Sumber:

Simon Johnson, EveningStandard (2017), Chelsea to demand over £10m from Liverpool for Dominic Solanke; http://www.standard.co.uk/sport/football/chelsea-to-demand-over-10m-from-liverpool-for-dominic-solanke-a3564481.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN