Bayern Munich Tandatangani Corentin Tolisso Dari Lyon

Bayern Munich mendapatkan perancang lincah Lyon, Coentin Tolisso dengan nilai perpindahan €35 juta dan bonus €15 juta akan dibayar pada akhir musim berdasarkan beberapa merit.

Beberapa hari lalu, Bayern Mengesahkan pemain muda berbakat Serge Gnarby menyertai mereka. Tolisso menandatangani kontrak 5 tahun sehingga 30 Jun 2022.

Beliau dikatakan baru sahaja menyempurnakan pemeriksaan kesihatan di Bayern Munich. Pemain perancang ini berkata:

“Saya ada detik yang indah di Lyon dan saya sangat bersyukur untuknya. Tetapi sekarang saya sudah tidak sabar-sabar untuk bermain dengan salah sebuah kelab terbaik di Eropah.”

Tolisso adalah rekrut untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Xabi Alonso. Tolisso adalah pemain tengah serba boleh. Beliau boleh beraksi sebagai pivot dan juga no.10.

Boleh dikatakan beliau boleh bermain di mana-mana posisi di tengah. Beliau ada kemampuan untuk mengubah arah gerakan dengan baik dan komited untuk membantu pertahanan.

Dalam satu kenyataan media beliau sebelum ini, Tolisso mengakui beliau sebenarnya bukan no.10. Tolisso banyak beraksi sebagai no.10 di Lyon. Beliau berkata:

“Saya adalah pemain no.6 ataupun no.8.”

Tolisso menjaringkan 8 gol dan 5 bantuan gol dalam Ligue 1 musim lalu. Beliau memegang kewarganegaraan Togo-Perancis. Namun beliau memilih untuk mewakili pasukan Perancis.

Tolisso mendedahkan beliau menolak beberapa tawaran lain semata-mata mahu menyertai Bayern Munich. Antara tawaran lain yang beliau terima dalah dari Napoli dan juga Chelsea.

Sumber

Kicker – Bayern beat Chelsea: Tolisso is coming!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN