Pemain Dan Jurulatih Lubnan Beri Amaran Agar Tidak Lagi Memandang Rendah Malaysia

Sebentar tadi pihak FAM telah memberitahu bahawa jurulatih dan pemain Lubnan kagum dengan prestasi pasukan Malaysia semalam.

Menurut kenyataan dari FAM:

“Selepas perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia UAE 2019 semalam yang melibatkan pasukan Malaysia menentang Lubnan, jurulatih dan salah seorang pemain Lubnan telah mengatakan bahawa mereka datang ke sini dengan tahap kecergasan yang belum sempurna kerana liga telah berehat lama tetapi sangat yakin bahawa pasukan Malaysia mudah untuk ditewaskan.”

Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa pemain dan jurulatih Lubnan terkejut dengan corak dan semangat pasukan Malaysia.

Kredit: Football Association of Malaysia (Official)

“Tetapi apabila perlawanan berlangsung, mereka terkejut dengan gaya permainan pasukan Malaysia yang penuh bersemangat dan keyakinan yang tinggi untuk menang pada malam tersebut.”

“Tambahan pula Malaysia terlebih dahulu berjaya mendahului mereka. Setelah pasukan beliau mensia-siakan banyak peluang, jaringan kemenangan hanya berjaya dihasilkan pada lewat permainan.”

“Menurut mereka juga, pengajaran kepada para pemain ialah jangan memandang rendah keupayaan pasukan Malaysia lagi.”

Dalam perlawanan kelayakan Piala Asia di antara Malaysia dan Lubnan yang berlangsung di Stadium Larkin semalam skuad kebangsaan tewas 1-2.

Ini adalah perlawanan kompetitif pertama jurulatih Nelo Vingada dan pembantu beliau Tan Cheng Hoe.

Malaysia mendahului menerusi jaringan Mahali Jasuli. Namun 2 gol daripada Lubnan, 1 pada minit ke-79 dan 1 lagi pada masa kecederaan membolehkan pasukan tersebut bangkit dan pulang dengan 3 mata.

Ini adalah perlawanan pertama skuad senior kebangsaan dalam tempoh 3 bulan. Sebelum ini perlawanan kelayakan Piala Asia di antara Malaysia dan Korea Utara ditangguhkan kerana isu keselamatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN