Alvaro Morata Semakin Pasti Akan Ke Manchester United

Setelah menerima tawaran yang disifatkan serius oleh Manchester United, Alvaro Morato kelihatan semakin pasti untuk meninggalkan juara Eropah, Real Madrid.

Peminat dan penyokong Manchester United semestinya semakin teruja apabila Morata dikatakan telah mengarahkan perpindahan beliau diselesaikan sebelum Jumaat ini.

(Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

Penyerang antarabangsa Sepanyol yang telah membuat 20 penampilan di pentas anatarabangsa ini akan menamatkan zaman bujang bersama pasangannya Alice Campello di Venice dua hari lagi.

Ejen dan wakil kepada Morata, Juanma Lopez kelihatan memasuki perkarangan Estadio Santiago Bernabeu pada tengah hari Rabu untuk meneruskan rundingan perpindahan tersebut.

Alvaro Morata telah menyatakan niatnya untuk tidak terus kekal di Madrid pada minggu lalu. Kunjungan Juanma Lopez dikatakan adalah untuk mempercepatkan proses rundingan berkenaan.

Satu perkara yang mungkin menjadi halangan untuk impian Morata ke Old Trafford pada musim hadapan adalah harga yang ditetapkan oleh Los Blancos.

Alvaro Morata dinilai berharga sekitar  €90 juta. Namun spekulasi di England menyatakan perpindahan tersebut boleh dilakukan dengan tawaran sekitar jumlah €75 sehingga €80 juta.

Zinedine Zidane telah mencuba untuk meyakinkan Morata supaya kekal di Madrid.

Namun Morata ingin bermain secara lebih kerap untuk menjamin tempatnya bersama skuad kebangsaan Sepanyol menjelang Piala Dunia pada tahun hadapan.

Morata telah menjaringkan sejumlah 19 gol melalui 43 penampilan pada musim lalu.

Alvaro Morata adalah produk akademi Los Blancos. Setelah berjaya menempatkan diri ke skuad utama, Morata sering gagal untuk mendapatkan minit bersama kelab Madrid tersebut.

(Photo by Europa Press/Europa Press via Getty Images)

Deretan bintang di bahagian serangan seperti Karim Benzema, Cristiano Ronaldo dan juga Gareth Bale membuatkan Morata bukan pilihan utama pengurus di Real Madrid.

Tahun 2014 menyaksikan beliau menyertai Juventus.

Dua musim di Turin menyaksikan Morata membantu Juventus menjuarai Serie A Italy dan juga Coppa Italia juga dua musim berturut-turut.

Morata juga menjaringkan satu gol dalam perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) pada musim 2014-2015 untuk Juventus.

Namun Morata dan Juventus dikecewakan oleh Barcelona dengan jaringan 3-1.

Morata kembali menyertai Real Madrid pada awal musim 2016-2017. Real Madrid menggunakan klausa beli balik untuk membawa beliau kembali ke Madrid dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai €30 juta.

Sumber:

Patricia Terroba, MARCA (2017), Morata’s agent at the Bernabeu to negotiate striker’s exit; http://www.marca.com/en/football/real-madrid/2017/06/14/59415b89268e3e4b0e8b4569.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN