Chelsea Dijangka Atasi Man United Untuk Dapatkan Raphael Varane

Raphael Varane

Pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane kini dijangka bakal merealisasikan pemergian beliau dari kelab itu dengan Premier League dijangka bakal menjadi destinasinya.

Menurut laporan Mundo Deportivo, khidmat Varane ditagih oleh dua pasukan ketika ini iaitu Chelsea dan juga Manchester United.

Chelsea dikatakan sedang mendahului United dalam perebutan mendapatkan Varane dengan pasukan kendalian Thomas Tuchel dikatakan bersedia membayar sebanyak €70 juta.

Nilai tersebut merupakan harga yang diletakkan oleh Real kepada mana-mana pasukan yang mahukan khidmat Varane.

Jika Chelsea menuruti harga permintaan yang ditetapkan Real, ia akan menyebabkan United akan kempunan mendapatkan pemain pertahanan Perancis itu yang sudah lama dimahukan mereka.

Selain daripada United, Paris Saint-Germain juga dikatakan berminat untuk membawa Varane semula ke tanah air tetapi ia mungkin bukan menjadi destinasi utama pemain itu.

Kontrak Varane bakal berakhir pada musim panas 2022 ini dan Real sebenarnya sudah menawarkan kontrak lanjutan kepada beliau.

Akan tetapi, tawaran yang diberikan tidak menepati citarasanya akibat penurunan jumlah kontrak dan ini akan menyebabkan pemain itu menolak lanjutan tersebut.

Situasi yang sama berlaku kepada Sergio Ramos dan Lucas Vazquez yang turut ditawarkan kontrak baharu tetapi dengan jumlah yang lebih rendah.

Baca juga artikel kami mengenai Raphael Varane:

Raphael Varane Mahu Cari Cabaran Baharu Di Tempat Lain

UCL: Manchester City Manfaat Kesilapan Varane, Tumbang Real Madrid

Ini Syarat Yang Harus Dipenuhi Liverpool Untuk Dapatkan Khidmat Raphael Varane

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN