Bekas Pemain Newcastle United Cheick Tiote Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Latihan

Bekas pemain Newcastle United iaitu Cheick Tiote meninggal dunia selepas dikatakan rebah ketika latihan bersama kelabnya – Beijing Enterprises.

Menurut pihak kelab, pemain yang berasal dari Ivory Coast itu telah rebah diserang sakit jantung ketika latihan sedang dijalankan dan selepas itu dikejarkan ke hospital berdekatan.

Sesi latihan bagi kelab tersebut lazimnya adalah pada jam 6 petang, Tiote rebah dan kemudiannya dikejarkan ke hospital dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital sejam kemudian.

Pihak Beijing Enterprises nyata sedih dan kecewa dengan berita duka ini. Sementara bagi ejen Tiote iaitu Emanuele Palladinobeliau mahukan penghormatan dan doa diberikan buat Tiote dan keluarga.

“Kami mohon agar ruang privasi diberikan buat keluarga beliau dikala waktu sukar ini.”

“Kami memohon agar doa dipanjangkan untuk beliau dan ahli keluarganya.”

“Selamat malam temanku.”

Pemergian Tiote nyata mendapat reaksi yang cukup sedih dari dunia bola sepak.

Bekas rakan sepasukan Tiote di Newcastle United iaitu Demba Ba menggunakan Twitter untuk meluahkan kesedihannya.

“Semoga Allah mengurniakan syurga buatmu Tiote.”

Beliau juga meluahkan kesedihannya di laman Instagram beliau.

“Jumpa aku semula di syurga nanti ya temanku.”

https://www.instagram.com/p/BU9upGjlwgf/

Bekas penyerang Newcastle United iaitu Papiss Cissé turut serta meluahkan kesedihannya.

“Selama malam temanku. Kau akan sentiasa dirindui.”

“Kesedihanku adalah untuk keluargamu. Kau pergi terlalu awal.”

Bekas pengurus Newcastle United, Alan Pardew turut berasa sedih dan hiba dengan kehilangan bekas pemainnya itu.

“Sejak saya tiba di Newcastle United, beliau telah menunjukkan semangat yang tinggi terutamanya di bilik persalinan. Malah ketika bermain, beliau boleh dikatakan ada dimana-mana sudut padang.”

Pihak Newcastle United juga turut memberi penghargaan buat Tiote dengan gol yang cukup terkenal ini.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN