Piala Dunia B-20 2017: Itali Dan England Berentap Di Separuh Akhir, Solanke Wira Young Lions

Gol Luca Vido pada masa tambahan membantu Itali mara ke separuh akhir Piala Dunia Bawah 20 tahun 2017. Sebelum itu, perlawanan Itali menentang Zambia terikat dengan kedudukan 2-2.

Dua kali Itali ketinggalan di tangan Zambia dalam perlawanan ini.

Zambia mendahului pada minit ke-4 melalui gol Patson Daka. Itali menyamakan kedudukan pada minit ke-50 oleh Riccardo Orsolini.

Zambia kembali ke hadapan dengan gol Fashion Sakala pada minit 84. Akhirnya Itali meraih gol penyamaan pada minit ke-88. Gol tersebut dijaringkan oleh Federico Dimarco.

England turut mara

Bintang muda sensasi Dominic Solanke yang menjadi bualan dunia kerana perpindahan ke Liverpool menjadi hero England.

Solnke berjaya menjadi penjaring tunggal dalam perlawanan ini pada minit ke-47. England menewaskan Mexico untuk menyertai Itali untuk ke separuh akhir Piala Dunia B-20 2017.

Dengan kemenangan England itu, mereka bakal bertemu Itali di peringkat separuh akhir. Sudah pasti ia menjadi aksi tumpuan dalam temasya kali ini.

Dalam kata lain satu wakil Eropah ke final. Malah, pertemuan final akan menjadi sengit antara dua benua, Eropah menentang Amerika Syarikat.

Jadual perlawanan separuh akhir waktu Malaysia

Uruguay lawan Venezuela, 8 Jun (5 petang)

Itali lawan England, 8 Jun (8 malam)

Jangan lupa untuk saksikan prospek bola sepak dunia beraksi. Yang pasti menarik adalah Venezuela yang mara sejauh ini dalam kejohanan kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN