Cristiano Ronaldo Dipilih Sebagai Penghias Muka Depan FIFA 18

Kini, EA Sports telah melancarkan ‘serangan’ mereka pula.

Selepas Pro Evolution Soccer 2018 (PES2018) mengeluarkan teaser mereka. Kini sudah tiba untuk FIFA 18 pula.

Jika PES2018 menjadikan skuad Barcelona sebagai penghias muka hadapan mereka, FIFA18 menjadikan bintang Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo sebagai penghias muka depan mereka.

Beliau dilantik sebagai penghias muka depan FIFA18 untuk keluaran seluruh dunia atau global dengan beberapa pemain lain akan menyertai beliau sebagai penghias muka depan bagi wilayah-wilayah berbeza.

Untuk rekod ini merupakan kali kedua Ronaldo menjadi penghias muka depan bagi permainan video.

Sebelum ini, beliau menjadi penghias muka depan bagi PES2012 dan juga PES2013.

Manakala kemunculan kali pertama beliau di muka depan FIFA ini adalah kali pertama buat beliau bagi permainan video tersebut.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk saya menjadi penghias muka depan bagi permainan FIFA 18 ini.”

“Saya bersyukur kerana terpilih menjadi penghias muka depan mereka!”

Dalam masa yang sama, pihak EA Sports mengeluarkan video teaser mengenai permainan FIFA 18 di laman sosial mereka.

Menggunakan cogan kata “The World’s Game”, cogan kata itu kemudiannya disambung dengan ayat “Fueled by Cristiano Ronaldo” (dikuasakan oleh Cristiano Ronaldo).

Pemain telah boleh melakukan pra-tempah FIFA 18 dengan menempah edisi khas Ronaldo.

Hasil daripada edisi khas itu, pemain akan memperoleh early access seawal 3 hari sebelum FIFA 18 dijual ke seluruh dunia.

FIFA 18 akan menemui peminat pada 29 September 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN