Chan Yuen Ting, Jurulatih Wanita Pertama Terlibat Kejohanan Elit, Akan Lawan Scolari Di ACL

Chan Yuen Ting mungkin nama yang agak asing bagi kita semua. Namun wanita ini telah mencipta sejarah demi sejarah dalam karier beliau.

ACL adalah kejohanan elit serantau di Asia. Ia adalah kejohanan Liga Juara-Juara Asia. Namun yang menariknya, edisi kali ini mencipta satu rekod luar biasa.

Buat pertama kalinya ada ketua jurulatih wanita yang akan menguruskan pasukan yang terlibat. Ia juga rekod pertama di dunia melibatkan kejohanan elit.

Chan Yuen Ting adalah ketua jurulatih kelab dari Hong Kong, Eastern Sports Club. Beliau akan memulakan kempen ACL menentang Guangzhou Evergrande pada Rabu ini.

Guangzhou Evergrande adalah pasukan pilihan dengan rekod 2 kali menjuarai kejohanan berprestij ini.

Chan Yuen Ting baru berusia 28 tahun dan berjaya membawa Eastern SC menjuarai Liga Perdana Hong Kong musim lalu.

Chan akan berhadapan dengan Luiz Felipe Scolari. Jurulatih elit yang pernah membawa Brazil menjuarai Piala Dunia. Beliau juga pernah menguruskan generasi emas Portugal dan kelab elit Eropah.

Chan Yeun Ting berkata:

“Ia sangat hebat, terutama sekali ketika anda tahu anda akan berhadapan dengan jurulatih yang membawa Brazil menjuarai Piala Dunia 2002.”

“Saya tak pernah bermimpi ataupun menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku dalam hidup saya. Dan sekarang kami akan berhadapan dengan satu sama lain.”

“Saya teruja dan tidak sabar-sabar untuk bertemu dan berhadapan dengan beliau.”

“Buat masa ini, perkara paling penting, kamu harus fokus dan kekalkan konsenstrasi dalam apa jua kami lakukan.”

Chan Yuen Ting amat dihormati oleh pemain beliau kerana memiliki mentaliti taktikal yang sangat baik.

Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata, beliau teruja untuk melihat sejarah indah ini.

“Ini adalah detik bersejarah. Ia adalah detik penting kepada wanita dan juga sukan dunia. Dunia akan menumpukan perhatian kepada perlawanan ini.”

Rasanya, kami tak mahu terlepas aksi ini yang akan berlangsung esok, Rabu 22 Februari 2017!

Baca juga: Bayern Munich Umum Beri Dana Kepada Kelab Amatur Yang Terbakar Rumah Kelabnya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN