Dani Alves: Pengurusan Barca Penuh Penipuan Dan Tidak Menghargai Saya

Ramai agak sedih dengan pemergian Dani Alves daripada Camp Nou. Namun peminat Barca merasakan beliau pergi kerana mahu mencari pengalaman baru dalam karier beliau.

Dani Alves telah menyertai Juventus secara percuma dengan peraturan ejen bebas.

Namun sebaliknya, Dani Alves mendedahkan beliau tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Barcelona pada musim lalu.

Beliau masih mahu menabur bakti di kelab tersebut. Bercakap kepada ABC, Dani Alves mengkritik hierarki Barcelona yang ada pada hari ini.

Alves mendedahkan beliau terpaksa memasukkan klausa perlepasan dalam kontrak beliau sebelum ini selepas pihak pengurusan berdiam diri tentang masa depan beliau.

Ini kerana beliau takut melihat cara pengurusan Barca ketika melayan pemain-pemain yang sudah berjasa kepada kelab tersebut sejak akhir-akhir ini.

Alves berkata:

“Saya hanya sayang kepada orang yang sayangkan saya. Jika mereka sudah tidak mahukan saya lagi, maka saya akan pergi.”

“Meninggalkan Barcelona secara percuma adalah pengajaran yang paling besar dalam hidup saya.”

“Dalam 3 musim terakhir di sana, saya ada mendengar mulut-mulut yang bercakap,’Alves akan pergi’.”

“Namun pengurus tidak memberikan apa-apa komen tentang hal itu.”

“Mereka tidak menghormati saya! Mereka hanya menawarkan kontrak baru kepada saya ketika FIFA mengenakan penggantungan ke atas mereka.”

“Kemudian saya menandatangani kontrak itu yang di dalamnya ada klausa penamatan kontrak (termination clause).”

“Mereka yang mentadbir Barcelona tidak tahu cara melayan para pemain mereka.”

Alves vs. Cristiano Ronaldo

Ketika tentang pergaduhan beliau dengan Cristiano Ronaldo? Alves menjawab:

“Pergaduhan saya dengan Ronaldo itu kerana media melebih-lebih.”

“Untuk pengetahuan anda, saya sangat menghormati Cristiano Ronaldo. Saya ulangi dengan jelas sekali lagi, saya menghormati Cristiano Ronaldo.”

“Sesiapa sahaja yang bercakap dengan saya akan berkata Ronaldo adalah pemain profesional yang hebat.”

“Tetapi bezanya, dia adalah seteru saya dan saya harus berlawan dengannya.”

“Dahulu ketika saya berkata, Ronaldo terlalu mementingkan diri sendiri. Apabila anda menang, anda akan menjadi bintang. Ketika kalah anda akan dikecam.”

“Jadi saya bercakap tentang benda itu dulu dengan cara yang baik.”

“Benda yang sama saya katakan tentang Neymar dan Messi. Semua pandangan saya bukanlah negatif. Cuma media menulis dengan memusing kenyataan saya mengikut kehendak mereka.”

“Saya percaya, sebab medialah Cristiano Ronaldo tidak menegur saya ketika majlis Ballon d’Or dan malam Gala FIFA 2015.”

“Tapi saya tak perlu bercakap kepada orang di luar sana tentang hal ini. Kerana saya bukan egois.”

Lebih panas, Alves turut menyatakan, Real Madrid ketika di bawah Jose Mourinho tidak tahu cara kalah dan menang dengan cara kotor.

Nampaknya, Daniel Alves benar-benar terganggu dan rasa terhina kerana keluar daripada Barcelona dengan perpindahan percuma.

Baca juga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN