Bayern Munich Umum Beri Dana Kepada Kelab Amatur Yang Terbakar Rumah Kelabnya

Bayern Munich yang seperti semua tahu merupakan gergasi Jerman mengumumkan akan membantu sebuah kelab amatur di Jerman dengan bantuan dana.

FC Teutonia yang merupakan sebuah kelab amatur di Jerman mengalami nasib malang apabila rumah kelab mereka atau club house hangus dijilat api baru-baru ini.

Bayern Munich akan memberikan bantuan dari segi bantuan kewangan kepada kelab tersebut untuk membantu kelab tersebut kembali membina semula rumah kelab mereka yang hangus terbakar.

Memberikan bantuan kewangan kepada kelab bola sepak lain di Jerman bukanlah perkara yang asing buat Bayern Munich.

Sebelum ini, Bayern Munich pernah membantu Borrusia Dortmund daripada hampir muflis apabila memberikan bantuan kewangan kepada kelab mereka untuk memastikan kelab itu terus ‘hidup’.

FC Teutonia merupakan sebuah kelab amatur yang terletak di kawasan Munich di Jerman.

Kelab tersebut ditubuhkan pada November 1905 dan bermain di liga divisyen daerah Munich.

Baca juga: Neymar Bakal Hadapi Hukuman Mahkamah Selepas Rayuan Kes Perpindahannya Gagal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN