Quantcast

BERITA

Cesar Azpilicueta Mula Rasai ‘Sesuatu Yang Istimewa’ Kehadiran Frank Lampard Bimbing Chelsea

Ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta menyifatkan pengurus baharu The Blues, Frank Lampard sudah mula membawa ‘sesuatu yang istimewa’ berikutan kepulangan semula beliau ke Stamford Bridge.

Perlawanan pertama beliau selaku pengurus pasukan bermula kelmarin selepas Chelsea mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Bohemians pada aksi pra-musim di Ireland.

”Ia benar pada musim lalu, untuk tempoh, kami tidak memberikan apa yang diharapkan oleh penyokong. Persembahan kami tidak cukup baik.”

”Kami mengubah segalanya dan memenangi Liga Europa tetapi anda dapat melihat pada musim ini, semua peminat sangat gembira kerana memiliki pengurus (Frank Lampard) kembali ke Stamford Bridge.”

”Ketika ini kami perlu membalasnya dengan bekerja keras di padang, dengan memenangi perlawanan.”

”Kami sangat gembira kerana dia bersama kami. Saya tidak boleh menambah apa-apa terhadap kariernya sebagai pemain Chelsea.”

”Tetapi, sepanjang minggu pertamanya dalam latihan, saya melihat cara permainan yang dia mahukan.”

”Cara yang dia mahukan agar kami rasai ketika menyarung jersi pasukan, cara dia mahukan kami berlatih setiap hari, ia adalah sesuatu yang istimewa,” jelas Azpilicueta lagi.

Lampard bersetuju untuk menggalas tanggungjawab berat bersama Chelsea selepas pengendali terdahulu, Maurizio Sarri memilih untuk berhijrah ke Juventus.

Kredit foto: Football London