Inter Milan Sahkan Telah Mulakan Rundingan Dengan Man Utd Untuk Dapatkan Lukaku

Bukan rahsia lagi bahawa Inter Milan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku pada musim hadapan.

Spekulasi mengenai masa depan pemain penyerang itu juga mulai menjadi khabar angin sejak sebelum kempen musim lalu tamat.

Semalam Pengarah Sukan Inter, Piero Ausilio telah mengesahkan kelab Serie A itu sudah melakukan rundingan rasmi dengan Manchester United untuk pemain tersebut.

PARIS, FRANCE – MARCH 06: Romelu Lukaku of Manchester United celebrates after he scores the opening goal during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Paris Saint-Germain and Manchester United at Parc des Princes on March 06, 2019 in Paris, . (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Inter turut mengesahkan beberapa pegawai mereka kini berada di London bertujuan untuk mempercepatkan proses rundingan untuk mendapatkan pemain itu.

Lukaku memiliki kontrak sehingga 2022 dengan pilihan tambahan kontrak setahun – menyertai United dari Everton dengan tanda harga £75 juta pada 2017.

United dikatakan mahukan nilai tidak kurang daripada apa yang mereka pernah bayar untuk membenarkan Lukaku meninggalkan Old Trafford.

Inter pula tampil dengan idea awal untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman sebelum dibawa secara tetap.

Ketika tiba di Milan pada Khamis lalu, Ausilio berkata:

“Kami mengadakan perbincangan bersama Manchester United untuk Lukaku.

“Ia adalah pertemuan rasmi diantara dua kelab. Kita harus tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya.

“Semua pemain yang menjadi sasaran kami adalah pemain yang sudah dipersetujui bersama Antonio Conte. Namun kami cuba memenuhi permintaan beliau [Conte] berdasarkan perimeter kewangan tertentu.”

Lukaku juga tidak pernah menyembunyikan niat beliau untuk beraksi di Itali sebelum ini.

Masa depan Lukaku sebagai pemain pilihan utama juga tidak jelas, selepas Ole Gunnar Solskjaer lebih gemar menggunakan sistem permainan yang lebih pantas dengan pemain-pemain muda seperti Marcus Rashford – Anthony Martial – Daniel James dijangka akan menjadi teras sistem serangan United yang baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN