Sri Pahang dituntut kini untuk kembali mencatat kemenangan pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2023, selepas mereka tewas sebelum itu menerusi keputusan lalu 0-1 di tangan Kuala Lumpur City (KL City).
Beraksi di Cheras, Sri Pahang jelas beraksi pada tahap yang kurang memuaskan selepas pasukan tuan rumah iaitu KL City lebih mendominasi perlawanan serta meraih gol menerusi jaringan tunggal daripada Romel Morales.
Malah, jentera serangan Sri Pahang juga dilihat kurang agresif dengan setiap pergerakan ciba dicipta pasukan tersebut berjaya dipatahkan oleh pihak lawan sepanjang 90 minit aksi berlangsung.
Pastinya untuk aksi suku akhir kedua ini kebangkitan kembali ditagih agar ia mencerahkan semula peluang buat skuad kendalian Fandi Ahmad untuk mara ke peringkat seterusnya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang iaitu Datuk Mohammed Suffian Awang antara yang menggesa supaya kebangkitan dilakar pasukan tersebut jika mereka ingin mara ke pusingan seterusnya.
Malah Suffian juga menyatakan pasukan tersebut perlu tampil lebih agresif dalam permainan supaya gol awal dapat terhasil untuk akso seterusnya yang bakal berlanhsing di Stadium Darul Makmur (SDM).
“Sri Pahang perlu menang jika mahu melangkah ke separuh akhir terutama dengan kelebihan beraksi di tempat sendiri.
“SPFC menuntut aksi terbaik dipersembahkan pemain walaupun KL City memiliki bekalan satu gol.
“Saya percaya dengan sokongan padu penyokong dan taktikal ketua jurulatih (Fandi) akan berpihak kepada Sri Pahang,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro mengenai pasukan tersebut.
Pada masa sama, Suffian turut menyatakan pasukan sepatutnya tidak boleh terlalu bergantung harap kepada Kpah Sherman sahaja dalam usaha untuk mendapatkan jaringan.
Musim ini menyaksikan Kpah Sherman tampil selaku penjaring terbanyak pasukan selepas momentum positif dilakar beliau buat posisi serangan utama Sri Pahang.
Menyedari ketajaman dimiliki penyerang dari Liberia itu menyaksikan KL City berjaya mengawal rapi Kpah sehingga menyukarkan beliau untuk mencipta beberapa peluang ke arah gawang gol.
Selain Kpah, pasukan tersebut masih memiliki dua lagi penyerang import iaitu Lucas da Silva Espindola serta Rafael da Silva Santos untuk membantu pemain tersebut mrndapatkan jaringan kepada pasukan.
Namun, beliau tetap percaya tentang percaturan positif yang mampu dibawa oleh Fandi selepas ini untuk membawa Sri Pahang mara lebih jauh pada saingan Piala Malaysia musim 2023.