Shahrul Nizam Aset Penting Buat Terengganu & Harimau Malaya

Kelibat pertahanan kental Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni terus mencuri tumpuan kini dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, selepas beliau tampil begitu cemerlang dalam aksi pertama Piala AFC peringkat Kumpulan G menentang wakil Australia iaitu Central Coast Mariners.

Pada perlawanan tersebut, Terengganu berhasil mencipta kejutan menerusi kemenangan tipis 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, hasil jaringan sendiri pemain lawan iaitu Nathan Paull.

Walaupun diasak teruk oleh pasukan pelawat, Terengganu berhasil mempertahankan kelebihan tersebut sehingga ke wisel penamat untuk memberi kemenangan sulung buat mereka musim ini dalam saingan AFC.

Apa lebih mengujakan sudah tentu mengenai prestasi Shahrul Nizam yang dianggap sangat menyerlah untuk mengetuai barisan pertahanan tempatan dibarisi oleh empat tenaga tempatan.

Ketenangan tinggi yang dipamerkan pemain berusia 25 tahun itu menyaksikan Nizam beberapa kali berjaya menghalang awal gerakan cuba dicipta lawan untuk mendapatkan gol.

Malah, pemain ini turut mencipta dua pintasan penting yang memberi kehampaan buat Central Coast Mariners untuk meledak gol penyamaan khususnya di separuh masa kedua perlawanan.

Aksi positif Shahrul Nizam itu menyaksikan media rasmi Terengganu turut tidak terlepas untuk menghamburkan pujian buat pemain berusia 25 tahun tersebut.

Kehadiran Shahrul Nizam bersama Terengganu juga kini turut disamakan seperti bekas legenda pasukan tersebut yang sebelum itu turut memberi impak cukup tinggi di posisi pertahanan seperti Zulharisam Awang.

“Telah lama kita menantikan kehadiran pemain berkarakter di barisan pertahanan tengah pasukan.

“Sentiasa bersedia untuk diturunkan, sentiasa ingin beraksi, sentiasa menunjukkan yang beliau akan berikan segalanya untuk Terengganu.

“Jika dahulu kita pernah ada Zulharisam Awang, kita juga pernah ada Mohd Marzuki Yusof. Kini, kita ada Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni,” jelas kenyataan tersebut menerusi media rasmi Terengganu.

Jelas kini Shahrul Nizam merupakan aset begitu berharga buat Terengganu, selain menjadi tonggak penting buat Tomislav Steinbruckner sejak awal musim 2023 di posisi pertahanan tengah.

Selain itu, Shahrul Nizam juga seolah memberi isyarat beliau bersedia untuk dipanggil Kim Pan-gon bagi siri perlawanan antarabangsa seterusnya buat Harimau Malaya atau kejohanan Pestabola Merdeka.

Memandangkan saingan Piala Asia juga akan berlangsung beberapa bulan lagi, ini menjadi peluang buat Shahrul Nizam untuk cuba mengintai peluang bagi membarisi pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa serta melihat sejauh mana kemampuan beliau dalam arena bola sepak profesional.

Kami di Semuanya BOLA berharap lebih ramai bakat-bakat tempatan lain mampu menyerlah untuk memberi lebih banyak ruang kepada Pan-gon melakukan eksperimen sebelum Piala Asia berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN