Kelibat Sergio Aguero Bakal Curi Tumpuan Pada Aksi KL City Berdepan Sri Pahang

Pemain tengah menyerang Sri Pahang, Sergio Aguero pastinya menjadi pemain paling mencuri tumpuan untuk aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 dengan mempertemukan pasukan tersebut bersama Kuala Lumpur City (KL City).

Aksi yang bakal berlangsung malam ini menyaksikan ianya sebagai suatu pertemuan paling mencuri tumpuan selepas kedua pasukan berada dalam momentum tersendiri untuk menghadirkan suasana sengit sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Sri Pahang yang hadir dengan status selaku pelawat pastinya mempunyai cita-cita besar untuk merekodkan keputusan positif sebagai suatu bekalan berharga sebelum mereka mengharungi aksi suku akhir kedua nanti.

Manakala KL City pula, sudah tentu ingin menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri sebagai peluang besar buat mereka untuk mencipta kemenangan bagi mengatasi cabaran dibawa oleh oleh skuad kendalian Fandi Ahmad.

Untuk aksi malam ini, beberapa pemain dilihat bakal menjadi tumpuan utama perlawanan dengan salah seorang ialah tonggak tengah serangan Sri Pahang iaitu Aguero.

Musim ini boleh dikatakan Aguero berada dalam prestasi terbaik beliau bersama Tok Gajah selepas impak diberikannya cukup besar di posisi tengah serangan pasukan.

Pemain naturalisasi ini bukan sahaja memainkan peranan penting untuk mengawal tempo permainan, malah kelincahan beliau juga berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Selain itu, pemain kelahiran Argentina ini juga sudah pun membuktikan ketajamannya di hadapan gol selepas berjaya meledak dua gol pada aksi lalu sewaktu berdepan Kelantan United.

Kreativiti Aguero pastinya ditagih Fandi untuk melancarkan pergerakan kelab tersebut di posisi serangan serta turut membuka ruang buat penyerang berbisa mereka iaitu Kpah Sherman.

Kpah Sherman

Penyerang berbisa dari Liberia ini bukan lagi nama asing dalam arena bola sepak tanah air selepas hampir beberapa musim Kpah membuktikan ketajamannya di hadapan gol bersama pasukan berbeza.

Musim pertama bersama Sri Pahang, Kpah terus membuktikan ketajamannya di hadapan gol selepas menjadi penjaring terbanyak kelab ketika ini serta konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi.

Pertahanan KL City pastinya menyedari akan bahaya yang mampu dilakukan oleh Kpah, kerana pemain ini berupaya meledak gol dari pelbagai sudut tidak dijangka.

Giancarlo Gallifuoco

Pertahanan kental KL City ini jelas menjadi antara kunci utama kekuatan mereka sejak musim 2022 Gallifuoco menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan status pemain import.

Pemain kelahiran Australia ini antara pertahanan yang cukup berkualiti dalam saingan Liga M kini dengan beliau sukar ditewaskan dalam situasi satu lawan satu serta perebutan bola di udara.

https://twitter.com/8arella/status/1465924317493882880?s=46&t=YOTSOmcG3heFWz6VBYULhw

Malah, Gallifuoco juga antara pemain yang sangat berbisa di hadapan gol jika KL City memperoleh peluang sepakan percuma di kawasan lawan menerusi tandukan tepat beliau serta ketinggian dimiliki untuk mendapatkan bola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN