Paris St-Germain (PSG) resah dengan kecederaan yang menimpa Edinson Cavani dalam perlawanan menentang Bordeaux. Cavani terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua dalam aksi tersebut.
Cavani menjaringkan gol tunggal – yang merupakan gol kemenangan PSG dalam perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti.
PSG dalam rangka persediaan untuk berhadapan dengan Man. United untuk peringkat 16 akhir saingan UCL. Mereka sudah pun kehilangan Neymar yang berehat panjang kerana kecederaan di kakinya.
Cavani dikatakan tidak selesa dengan kesakitan di pangkal paha beliau.
Walaubagaimanapun, Thomas Tuchel kini masih menunggu laporan perubatan berkaitan dengan kecederaan itu. Buat masa ini Tuchel hanya boleh menyimpulkan keadaan Cavani sebagai ‘tidak cukup bagus’.
Beliau masih berharap dapat menggunakan khidmat Edinson Cavani dalam perlawanan menentang Man. United dalam saingan UCL – meskipun peluang itu nampak sukar.
Tuchel berkata: “Kita harus menunggu. Buat masa ini saya tiada khabar yang bagus tentang Cavani. Jujur saya tidak pasti sama ada Cavani akan bermain nanti. Ya, ianya merisaukan saya. Kehilangan Edi seperti kami kehilangan seorang lagi Neymar.”
PSG pastinya sedar akan prestasi Man. United kini yang sangat baik – sejak diambil alih oleh Ole Gunnar Solskjaer. Man. United menang 3-0 ke atas Fulham dalam aksi EPL minggu ini.
United sudah menang 10 daripada 11 perlawanan sejak diuruskan oleh Ole Gunnar Solskjaer.
Jika Cavani gagal untuk cergas, PSG hanya ada Mbappe daripada senarai trio serangan berbisa mereka. Trio serangan ini sudah mencetak 48 gol pada musim ini.