Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL LIGA MALAYSIA

Analisis: Perak Dan Kedah Mempertaruhkan Aspek Stamina

Perlawanan Perak dan Kedah pada LS2 antara perlawanan tumpuan kerana status kedua-dua pasukan dalam kancah bola sepak Malaysia. Perlawanan berakhir seri dengan 1-1.

Permulaan

Perak menggunakan sistem 4-4-2 dengan menggandingkan Gilmar dan Wander Luiz di posisi serangan paling atas. Manakala Kedah tampil dengan formasi 4-2-3-1.

Binaan serangan

Kedah dan Perak pada asasnya tidak membina serangan dari bawah. Mereka menggunakan pendekatan klasik. Perak dilihat beberapa kali cuba membentuk struktur mirip kepada platform binaan bola daripada penjaga gol. Namun kerapkali Hafizul Hakim mengarahkan struktur itu diubah kerana beliau mahu menghantar bola terus ke atas.

Kedua-dua pasukan cuba menggunakan pendekatan untuk segera menolak (offloading) bola ke bahagian sayap dengan segera. Dengan struktur pertahanan yang kompak – dengan unit yang ramai – ditekankan oleh kedua-dua pasukan, sukar untuk mereka menggerakkan bola di kawasan serangan.

Maka tak hairanlah 2 gol yang dihasilkan (1 untuk Perak dan 1 untuk Kedah) adalah daripada aspek teknikal.

Perak mendapat gol daripada keupayaan Brendan Gan melakukan separa voli daripada Brendan Gan yang diberikan ruang untuk menyusun langkah dan melakukan percubaan.

Gol Kedah pula ehsan daripada kesilapan penjaga gol Perak.  Kedua-dua gol dicetuskan daripada situasi bola mati secara tidak langsung.

Sistem pertahanan

Perak seperti biasa menggunakan sistem pertahanan yang menekankan 1 v 1. Mereka agresif untuk memastikan penerima bola ditekan secara terus.

Sementara pasukan Kedah menekankan aspek untuk turun segera ke zon pertahanan pada fasa transisi, cuba menyerap asakan di bawah.

Sekali lagi pendekatan kedua-dua pasukan hampir sama dari segi ‘pressuring’. Di mana kedua-duanya sangat agresif.

Isu kreativiti

Apabila anda berhadapan dengan pasukan yang bertahan dalam unit kompak, agresif dan ramai, aspek kreativiti dan ‘teamplay’ ditagih. Kedua-dua pasukan tidak cukup flair dari segi permainan berpasukan dan corak permainan yang ‘predictable’.

Kedah berhadapan dengan isu di zon 14. Sistem mereka berasaskan 4-2-3-1 dengan no.10. Namun no.10 mereka agak sukar untuk merencana permainan. Kedah tidak ada struktur serangan yang stabil untuk lebih teamplay.

Sementara untuk Perak, sistem 4-4-2 memang kita sudah jangkakan ia lebih ‘direct’. Jadi, pendekatan mereka memang akan terus ke bahagian sayap dan cuba melakukan hantaran lintang sekerap yang mungkin.

 

Sistem pressing

Pada separuh masa kedua, Aidil Sharin mengarahkan para pemainnya untuk menekan Perak lebih tinggi. Dan sebab itu selepas tamat perlawanan Mehmet Durakovic kecewa kerana anak-anak buahnya turun terlalu ke bawah kerana tekanan ini.

Apabila Perak turun terlalu ke bawah, ianya akan mengundang lebih banyak ancaman dan pemain Kedah mara. Namun secara asasnya, Perak berjaya bersaing dengan Kedah secara duel.

Rumusan

Perlawanan ini menyaksikan kedua-dua pasukan memerah aspek kecergasan pemain berbanding dengan taktikal. Oleh itu anda akan melihat pemain berlari dan berlari sepanjang perlawanan.

Namun dari segi taktikal, ianya bukan perlawanan yang ‘tactical contest’. Kedua-dua pasukan boleh dikatakan seimbang dalam perlawanan ini dari aspek intensiti dan tenaga. Oleh itu stamina digunakan sepenuhnya. Jadi selepas perlawanan ini,¬†conditioning¬†yang terperinci pastinya diperlukan.

Aspek kreativiti adalah isu besar oleh kedua-dua pasukan. Dalam perlawanan ini banyak percubaan dari luar kotak penalti dilakukan kerana pemain ‘malas’ ataupun tidak mampu memikirkan isu mencipa peluang dengan kreativiti.

Mehmet Durakovic mengekalkan corak permainan mereka pada musim lalu dengan pasukan ini. Sementara itu Aidil Sharin dalam proses pembentukan pasukan. 1-1 adalah keputusan yang adil.

 

 

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!