Penjaga gol wanita negara, Azurin Mazlan kini mengharapkan yang khidmatnya terus diperlukan di India selepas mempamer aksi cemerlang.
Beliau yang beraksi bersama-sama Misaka United baru-baru ini, menantikan lanjutan kontrak baharu dari kelab tersebut untuk membolehkan kariernya di luar negara bersambung.
Harapan menggunung itu hadir selepas Azurin sendiri telah mempamer persembahan cemerlang di India apabila berjaya mencatatkan rekod nirbolos atau clean sheet sebanyak empat kali dari lapan perlawanan.
Ini menjadikan beliau mencatatkan rekod tanpa bolos sebanyak 50% daripada lapan perlawanan yang diharunginya.
Menurut laporan Berita Harian, prestasi cemerlang Azurin tersebut telah menobatkan dirinya menjadi penjaga gol terbaik dalam saingan Karnataka Women’s League bagi musim ini.
Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka
Semuanya masih belum terjawab
Menurut Azurin, teka-teki sama ada beliau akan dikekalkan oleh Misaka atau tidak masih lagi belum terjawab.
Hal ini disebabkan kerana status pasukannya belum lagi ditentukan berkenaan dimana mereka akan bertanding musim hadapan.
Jika Misaka akan ke Indian Women League musim hadapan, maka peluang Azurin untuk kekal adalah tinggi.
“Sekarang kami masih lagi menunggu keputusan dari All India Football Federation (AIFF) sama ada Misaka United mendapat slot untuk ke Indian Women League (IWL) atau sebaliknya.”
“Sekiranya Misaka United dapat ke IWL, mereka mungkin akan memanggil saya kembali.”
Azurin merupakan nama utama dalam bola sepak wanita negara. Semasa di Malaysia, beliau pernah memenangi gelaran pemain wanita terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan pada 2015 dan 2018.