Barcelona Selit Klausa Khas Untuk Pastikan Aubameyang Tidak Buat Hal

Barcelona nyata mempunyai formula tersendiri dalam memastikan Pierre-Emerick Aubameyang tidak ‘buat perangai’ dan mengulangi masalah disiplin seperti mana yang dilakukan oleh pemain itu ketika bersama Arsenal.

Aubameyang secara rasmi telah diumumkan sebagai pemain Barcelona selepas meninggalkan Arsenal, dengan kontrak sehingga 2025.

Menurut laporan The Times, Arsenal membayar Arsenal sebanyak £7 juta untuk mengakhiri kontrak bernilai £350,000 seminggu milik pemain itu di Emirates.

Pemain antarabangsa Gabon itu sudah tidak  beraksi bersama Arsenal sejak 6 Disember lalu, sejak dilucutkan lilitan kapten dan digugurkan dariapada skuad oleh Mikel Arteta kerana masalah disiplin.

Masalah disiplin sebenarnya bukan perkara baharu bagi Aubameyang. Pemain itu turut mencipta kontroversi bersama kelab terdahulu, Borussia Dortmund – menyebabkan pemain itu kerap dikeluarkan daripada senarai skuad pada hari perlawanan.

Ketika bersama Arsenal, Aubameyang menguji kesabaran Arteta apabila sering lambat melaporkan diri kembali ke kelab selepas perjalanan ke luar negara.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Klausa khas di dalam kontrak

Enggan masalah sama berulang, Barcelona membuat pendekatan berbeza dengan menyelitkan klausa khas berkaitan pelanggaran disiplin di dalam kontrak pemain itu di Nou Camp.

Pendedahan yang menjadi tumpuan media di Sepanyol itu mendedahkan Barcelona berhak memiutuskan kontrak Aubameyang sekiranya pemain itu melakukan sebarang perkara yang dianggap melanggar disiplin oleh pihak kelab.

Barcelona dilihat ramai sebagai peluang terakhir Aubameyang menghidupkan  kembali kariernya selepas apa yang berlaku ketika bersama Dortmund dan Arsenal. Sebarang masalah di peringkat ini, pasti tidak akan menguntungkan pemain tersebut.

Selain daripada klausa berkaitan disiplin, Barcelona turut menyelitkan klausa perpindahan bernilai Є100 juta untuk mana-mana pemain yang mahu mendapatkan khidmat pemain itu pada masa depan.

Ia bagaikan sudah tradisi bagi kelab Sepanyol itu meletakkan nilai klausa perpindahan yang tinggi buat mana-mana pemain yang tiba di Nou Camp.

Tekad Aubameyang

Aubameyang, sementara itu, telah bersumpah untuk “memberikan segalanya” sepanjang bersama Barcelona.

Dalam temubyal pertamanya di kelab itu, dia berkata: “Saya sangat bangga kerana keluarga saya adalah orang Sepanyol daripada sebelah ibu saya. Kerana itu saya sangat bangga dan gembira berada di sini.

“Tujuan utama saya adalah untuk membantu pasukan dan memberikan semua yang terdaya untuk melayakkan pasukan ke Champions League.

“Saya selesa berada di sini dan akan memberikan segalanya.”

“Ia adalah perkara menakjubkan memiliki dia (Xavi Hernandez) sebagai jurulatih. Dia adalah [bekas] pemain yang hebat, semua orang tahu itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN