Casemiro telah memberikan jawapan yang sangat bijak ketika beliau ditanya mengapa dirinya sanggup korbankan Champions League demi untuk menyertai Manchester United.
Dek kerana bersetuju untuk menyertai Manchester United, maka Casemiro terpaksa akur untuk tidak membuat sebarang penampilan di pentas saingan Champions League musim ini.
Pemain midfield kebangsaan Brazil itu telah menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Manchester United selepas The Red Devils mengeluarkan dana mega bernilai £70 untuk membawanya dari Real Madrid ke Old Trafford.
Man Utd’s £70m signing Casemiro gives brilliant response when asked about not playing in Champions League this season https://t.co/4EXAAPXvVR
— The Sun – Man Utd (@SunManUtd) August 26, 2022
Casemiro juga dilaporkan menerima gaji bernilai £350,000 seminggu dari Manchester United mengikut kontrak yang telah beliau tandatangani.
Keputusan bekas bintang Real Madrid itu untuk menyertai Manchester United sebenarnya sedikit mengejutkan ramai pihak, terutama ketika memikirkan yang Red Devils hanya akan beraksi di pentas saingan Europa League sahaja pada musim ini.
Ramai yang menjangkakan bahawa Casemiro hanya akan berminat untuk beraksi di pentas saingan Champions League sahaja dan tak akan tertarik untuk beraksi di pentas Europa League bersama Man United.
Sebelum menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini, Casemiro sebenarnya baru sahaja membantu Real Madrid menjuarai saingan Champions League musim lalu.
Casemiro is tired of winning the Champions Leaguepic.twitter.com/bdl4LeNSz0
— Troll Football (@TrollFootball) August 26, 2022
Ketika ramai yang menjangkakan beliau kecewa kerana tidak dapat beraksi di pentas terbesar saingan bola sepak Eropah itu, Casemiro sebenarnya langsung tidak merasakan hal yang sama.
Bintang Brazil itu bahkan sebenarnya seolah-olah sudah bosan dengan saingan Champions League, selepas beliau lima kali menjulang piala telinga capang itu sepanjang kariernya.
Ketika ditanya tentang perasaan beliau tidak beraksi di pentas saingan Champions League musim ini, Casemiro kemudiannya menjawab:
“Jadi… Saya dah ada lima kan?”
We asked Casemiro if he was upset about not playing Champions League football with Man United… pic.twitter.com/119DAa2jZm
— ESPN FC (@ESPNFC) August 26, 2022
Bekas bintang Porto itu kemudiannya hanya ketawa sahaja selepas mengeluarkan jawapan seperti itu.
Casemiro merupakan penandatanganan kelima Man United pada musim panas ini dengan beliau telah diperkenalkan sebagai pemain terbaru kelab ketika aksi kemenangan 2-1 Manchester United bertemu Liverpool baru-baru ini.
Nombor jersi yang akan di pakai oleh Casemiro masih belum didedahkan, namun ramai yang percaya beliau bakal menyarung jersi bernombor 18 yang sebelum ini dipakai oleh legenda kelab, Paul Scholes.