Carragher-Neville Masuk Kem Pengadil, Lalui Ujian Amali Penjaga Garisan, Apa Hasilnya?

Gary Neville dan Jamie Carragher boleh dikatakan antara pundit terbaik di dalam arena bola sepak. Duo ini juga memiliki pengaruh yang sangat kuat dalam kalangan penyokong bola sepak.

Neville dan Carragher juga lantang untuk mengkritik sesiapa sahaja termasuk pengadil dan penjaga garisan. Kali ini Sky Sports menghantar 2 pundit ini ke kem Professional Game Match Officials Board (PGMOL).

Objektif program ini agar 2 pundit ini merasakan sendiri prosedur dan mengetahui apakah kriteria kecergasan yang ditetapkan oleh PGMOL ke atas pengadil liga Inggeris.

Pengadil dan penjaga garisan adalah individu yang sentiasa bergerak dan berlari di atas padang dan dalam banyak perlawanan, mereka lebih banyak berlari berbanding dengan ramai pemain lain di atas padang.

Musim lalu purata seorang pengadil EPL berlari di dalam padang adalah 12 km per perlawanan.

Bertempat di pusat latihan St.George Park, mereka berdua menyahut cabaran ini. Mereka akan melalui ujian kecergasan sebagai pengadil. Saksikan kedua-dua mereka melalui prosedur kecergasan.

Jelas sekali kedua-dua mereka akan termengah-mengah. Ada beberapa pengadil yang lebih berusia daripada mereka lebih kental melalui fasa tersebut.

Selepas segmen pertama, Carragher dan Gary Neville melalui fasa ujian amali untuk menjadi penjaga garisan. Setiap seorang diberikan 5 situasi untuk diadili, sama ada ofsaid atau tidak.

Carragher dengan wajah yakin menyatakan beliau bukan seorang yang dipengaruhi penyokong.

Neville pula yakin 4 keputusan beliau adalah tepat. Cuma yang kelakar beliau mengangkat bendera ke atas ketika mahu menyatakan ofsaid. Sepatutnya bendera di angkat secara selari dengan garis ofsaid.

Mereka diberikan beberapa tips daripada pengadil yang bertauliah cara yang betul untuk menjadi penjaga garisan. Jom saksikan di bawah ini.

Bukan mudah untuk menjadi pengadil. Ia memerlukan kecergasan dan fokus berhadapan tekanan di dalam perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN