PKNS FC Umum Sven Gartung Ketua Jurulatih Baharu

PKNS FC sebentar tadi mengumumkan Sven Gartung sebagai Ketua Jurulatih skuad Liga Super yang baharu pasukan itu sebentar tadi.

Pengumuman perlantikan Sven Gartung diadakan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.

Sven Gartung, seorang warga Jerman yang berusia 47 tahun bukanlah watak asing dalam kancah bola sepak di Selangor.

Sumber: PKNS FC, Facebook

Sebelum pengumuman oleh PKNS FC, Sven Gartung merupakan salah seorang daripada barisan kejurulatihan Akademi Merah Kuning yang berpusat di Puncak Alam.

Beliau memegang jawatan Pengarah Kejurulatihan Akademi berkenaan sejak Februari 2017 yang lalu.

Sven merupakan seorang jurulatih muda yang turut mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan sukan dan media selain daripada beberapa jawatan lain dalam organisasi bola sepak di China dan Switzerland.

Antara rekod kejurulatihan Sven Gartung ialah sebagai jurulatih pasukan Grasshopper Bawah-17 yang berpengkalan di Switzerland.

Sven Gartung memiliki lesen kejurulatihan UEFA A.

Sumber: PKNS FC, Facebook

Perlantikkan Sven Gartung bukanlah sesuatu yang mengejutkan setelah PKNS FC mengumumkan pengendali sebelumnya, E. Elavarasan (gambar bawah) direhatkan pada 6 Julai yang lalu.

Sejak itu, PKNS FC dikendalikan oleh pembantu jurulatih, Adam Abdullah.

Keputusan drastik ini diambil oleh pihak pengurusan PKNS FC demi meneruskan survival di dalam saingan Liga Super pada musim hadapan.

PKNS FC turut mensasarkan sekurang-kurangnya untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2017.

Sven Gartung pasti berhadapan dengan tugas yang sukar bersama PKNS FC. Selepas 16 perlawanan Liga Super, PKNS FC menduduki tangga ke-9 dan mengumpul 15 mata, hanya 3 mata dijarakkan dengan pasukan Melaka di zon penyingkiran.

Manakala bagi saingan Piala Malaysia, PKNS FC menduduki tangga tercorot Kumpulan B, setelah tewas kepada Perak 2-0 dan kemudian kepada pasukan Felda United 2-1 pada 8 Julai yang lalu.

Perlawanan pertama kendalian Sven Gartung ialah menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam untuk saingan Piala Malaysia sebelum berkunjung ke Kuching untuk berhadapan dengan Sarawak pada 22 Julai.

Sumber:
1. PKNS FC, Facebook (2017): https://www.facebook.com/thepknsfc/posts/1468848796528496:0

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN