Ini Sebab Carragher Dan Henry Tidak Terkejut Apabila Ibrahimovic Menyiku Mings

Carragher dan Henry menyatakan mereka tidak terkejut Ibrahimovic menyiku Mings ketika perlawanan Sabtu lalu.

Ia adalah kesalahan yang jelas boleh mengundang kad merah. Carragher berkata, dia pun akan melakukan perkara yang sama jika di tempat Ibrahimovic.

Jamie Carragher menyelar tindakan Tyrone Mings selepas pertahanan Bournemouth itu memijak kepala Zlatan Ibrahimovic.

Di terowong pula, Jose Mourinho turun bertelagah dengan Mings kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemain tersebut.

Mourinho dilihat menyebut f**k off kepada Harry Arter yang mungkin cuba membela Tyron Mings.

Tindakan Mings itu mungkin respon kepada tindakan Ibrahimovic yang melakukan aksi WWE ke atas beliau pada awal perlawanan.

Namun Mings telah melancarkan serangan yang boleh meragut nyawa ke atas Ibrahimovic. Dia telah memijak kepala Ibrahimovic dengan kaki kiri.

Insiden itu berlaku pada babak akhir separuh masa pertama. Anda pastinya akan teringat insiden Petr Cech ketika mendapat kecederaan kepala yang hampir meragut nyawa dahulu.

Pundit Sky Sports, Jamie Carragher menyifatkan insiden itu sebagai memalukan dan tindakan Mings adalah pengecut.

“Apa yang Mings lakukan ke atas Ibrahimovic sangat teruk dan dia berhak mendapat ‘siku’.”

Carragher mengulas insiden yang berlarutan apabila Ibrahimovic telah menyiku Mings dan ramai merasakan ia adalah insiden kad merah.

Carragher menambah lagi:

“Ia sememangnya memalukan. Cuba anda ingat, ketika anda masih budak-budak dan ada orang sentuh kepala anda. Anda pasti akan marah dan membalas balik.”

Thierry Henry juga berpendapat, dia faham kenapa Ibrahimovic menyiku Mings selepas insiden tersebut. Henry berkata:

“Anda faham kenapa Zlatan melakukan tindakan menyiku Mings selepas itu.”

“Kalau anda tanya apa yang saya akan lakukan jika di tempat dia, malangnya, jawapan saya adalah, saya pun mungkin akan cuba mencari peluang untuk membalas balik.”

“Mings kelihatan sengaja melakukannya.”

Henry memberikan komen tentang kenyataan Mings yang menafikan dia sengaja melakukannya. Mings berkata ia satu ‘accident’ dan dia tidak akan pernah terfikir untuk melakukan perkara seperti itu.

Kedua-dua pemain tidak dilayangkan kad merah oleh Kevin Friend kerana insiden memijak (stamping) dan menyiku tersebut.

Namun FA England akan dijangka melakukan pengadilan retrospektif dan kedua-dua pemain berkemungkinan besar akan dikenakan penggantungan.

Wayne Rooney yang berada betul-betul di hadapan insiden itu berkata:

“Ianya tidak betul dalam bola sepak. Setiap pemain akan cuba melakukan bentesan tetapi jika anda memijak kepala pemain lain, ianya sangat salah.”

“Saya berharap tindaka retrospektif akan diambil ke atas Mings selepas perlawanan ini.”

Baca juga: Wenger: “Saya Nak Main Bola Tinggi, Sebab Itu Saya Tak Mainkan Sanchez Dulu”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN