5 Statistik Negeri Sembilan Setakat Ini Yang Anda Perlu Tahu

Negeri Sembilan menjadi satu-satunya pasukan dalam 2 liga utama di negara kita yang masih kekalkan rekod 100% kemenangan selepas 7 perlawanan.

Ketika artikel ini ditulis, Negeri Sembilan di puncak Liga Premier dengan 21 mata. 3 mata di atas Terengganu di tangga ke-2.

Namun Negeri Sembilan masih ada 1 baki perlawanan di dalam tangan.

Berikut adalah 5 statistik Negeri Sembilan yang anda harus tahu tentang kempen mereka setakat perlawanan ke-7.

1. Perbandingan dengan 7 perlawanan pertama 2016

Mereka cemerlang juga dalam 7 perlawanan pertama 2016. Mereka juga tidak kalah dalam 7 perlawanan pertama. Ini adalah perbandingannya.

[table]
,2016,2017,
Games,7,7,
Menang,4,7
Seri,3,0
Kalah,0,0
Gol,18,18,
Bolos,6,7,
[/table]

2. Mahu atasi rekod tanpa kalah awal musim 2016

N.Sembilan players celebrate their team victory during FA Cup match between Selangor and N.Sembilan on 14 February 2017 at Stadium Selayang. Photo by Dzulfadlil Azim / www.asiana.my

Pada musim 2016, Negeri Sembilan tidak tewas dalam 7 perlawanan pertama Liga Premier. Mereka hanya tewas pada perlawanan ke-8 di tangan pasukan JDT II.

Jadi, dengan prestasi semasa yang positif musim ini, Negeri Sembilan dalam mood terbaik untuk mengatasi pencapaian itu apabila menentang UiTM FC selepas ini.

3. Megatasi rekod juara MPL 2014 – PDRM FA

Dalam 5 musim terakhir, hanya PDRM pasukan juara yang berjaya menang 6 perlawanan awal. PDRM merekodkan 22 gol dalam tempoh tersebut.

Negeri Sembilan pula merekodkan 16 gol daripada 6 kemenangan pertama mereka sebelum ini.

Minggu lalu, mereka sudah pun mengatasi rekod kemenangan terbanyak pada awal musim (sejak MPL 2012) oleh PDRM FA pada 2014.

4. Pasukan pertama menang 7 perlawanan pertama MPL dalam 5 musim terakhir

Negeri Sembilan telah menjadi pasukan pertama yang menang 7 perlawanan awal Liga Premier secara bersih.

N.Sembilan players celebrate their team victory during FA Cup match between Selangor and N.Sembilan on 14 February 2017 at Stadium Selayang. Photo by Dzulfadlil Azim / www.asiana.my

Jadi, buat masa ini mereka adalah pasukan yang mencatatkan rekod permulaan Liga Premier terbaik sejak 2012.

Mereka berjaya menewaskan pasukan yang dianggap pilihan iaitu Terengganu di tempat sendiri. Negeri Sembilan turut menewaskan 2 giant killers iaitu Kuantan FA dan juga PKNP.

Perlawanan seterusnya adalah pasukan yang juga boleh mengejutkan pasukan lebih besar iaitu UiTM FC.

Pada 14 April nanti mereka akan menentang JDTII yang kami boleh katakan perlawanan sukar. Mampukah mereka melebarkan lagi rekod kemenangan?

Ini adalah Perbandingan 7 perlawanan awal dengan juara MPL sebelum ini.

Kini Negeri Sembilan sudah mendapat 21 mata daripada 21 yang ditawarkan. Berikut adalah rekod Juara Liga untuk 7 perlawanan pertama sejak 2012.

[table]
Tahun,Pasukan,Mata,
2016,Melaka,17,
2015,Kedah,15,
2014,PDRM FA,19,
2013,Sarawak,17,
2012,ATM,18,
[/table]

Berdasarkan rekod, Negeri Sembilan nampaknya memiliki kutipan mata lebih baik dengan 21 mata.

Ini mungkin motivasi terbaik untuk mereka menjuarai Liga Premier musim ini. Dengan syarat, mereka harus bijak dalam mengendalikan tekanan dalam setiap perlawanan.

Ini kerana pasukan seperti Terengganu pastinya akan cuba sedaya upaya untuk mengejar dan memintas mereka.

Misi utama memanglah untuk mara ke Liga Super, namun ia akan lebih indah jika diiringi status juara MPL.

5. Slot ke Piala Malaysia

Dengan format 2016 dikekalkan, ini bermakna Negeri Sembilan menjadi pasukan pertama dari MPL yang sudah layak ke Piala Malaysia 2017.

Negeri Sembilan team photo during Piala FA 2017 at Selayang Stadium on 14 February 2017. Photo by Zureehan Zakaria

Mereka ada baki 4 perlawanan lagi. Pasukan di tangga ke-5, UiTM juga masih berbaki 4 perlawanan untuk pusingan pertama hanya mendapat 12 mata.

Secara teknikal dan matematiknya, merekalah satu-satunya yang telah mara setakat ini.

Rumusan

Ini antara permulaan paling cemerlang dalam Liga Premier sejak 2012. Nampaknya, Negeri Sembilan sudah jelas menjadi pasukan untuk dikejar kali ini.

Namun harus diingat, dalam 14 perlawanan pertama musim lalu mereka hanya tewas 2 kali dan boleh dianggap cemerlang.

Namun mereka masih gagal untuk mara ke Liga Super. Ini kerana prestasi mereka pada separuh kedua kempen.

Diharap mereka lebih matang musim ini kerana sudah belajar dari musim sebelum ini. Jadi, jangan bikin spoil selepas permulaan terbaik ini Jang!

Tahniah di atas permulaan cemerlang pada awal musim.

Baca juga: Ini Sebab Carragher Dan Henry Tidak Terkejut Apabila Ibrahimovic Menyiku Mings

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN