Carlos Queiroz Yakin Vingada Calon Tepat Untuk Bantu Harimau Malaya

Bekas pengendali Real Madrid, Portugal dan juga pembantu Alex Ferguson di Manchester United, Carlos Queiroz yakin bahawa Nelo Vingada calon terbaik untuk menaikkan mutuk skuad kebangsaan Malaysia.

Nelo Vingada antara jurulatih yang pernah bergandingan bersama-sama Queiroz ketika mengendalikan skuad remaja Portugal.

Hasilnya, Portugal meraih 2 kejayaan berturut-turut dalam Piala Dunia Belia B-20 tahun pada 1989 dan 1991. Vingada juga menjadi pembantu Queiroz ketika beliau mengendalikan skuad Iran.

Dipetik dari laman FourFourTwo, Menurut Queiroz:

“Nelo Vingada memiliki pengalaman yang luas dalam bola sepak antarabangsa.”

(Photo by NurPhoto/NurPhoto via Getty Images)

“Malaysia adalah negara yang memiliki potensi tersendiri dalam bola sepak.”

“Saya pernah berada di Malaysia untuk beberapa kali. Malaysia adalah negara yang harus ‘dikejutkan.’ Dan Nelo adalah orang yang tepat untuk melakukannya.”

“Malaysia perlukan jurulatih sebegini. Bukan sahaja untuk menghadapi masa hadapan tetapi mampu memberikan cara penyelesaian kepada persatuan untuk masa hadapan.”

Vingada pernah membantu Arab Saudi menjuarai Piala Asia pada 1996. Kini beliau dalam misi untuk membantu Malaysia mara ke Piala Asia 2019 ataupun 2023.

Queiroz berharap Vingada dapat membantu Malaysia untuk mara ke Piala Asia terlebih dahulu. Selepas itu barulah boleh bercerita tentang prospek lebih besar iaitu Piala Dunia.

“Peminat dan media di Malaysia harus bersabar dengan Vingada. Beliau hanya berada di Malaysia selama beberapa hari. Beliau perlukan masa.”

“Beliau sangat bagus dalam membawa masuk pemain muda dan dia seorang yang ringan mulut untuk bercakap dengan mana-mana jurulatih tempatan dan sesiapa sahaja yang berkaitan.”

“Malaysia sudah menemui jurulatih yang bagus dan jika semua orang bekerjasama, bola sepak Malaysia akan lebih baik di masa akan datang.”

Sumber

FourFourTwo Malaysia – Former Madrid boss Queiroz backs Malaysia coach Vingada

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN