Quantcast

LIGA MALAYSIA

Senarai Penuh Perpindahan Pemain Ketika Jendela Perpindahan Pertengahan Musim Liga Malaysia 2017

Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang ditutup tepat jam 11:59pm, 11 Jun yang lalu merupakan antara jendela perpindahan paling meriah dan termahal dalam kancah bola sepak negara.

Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia pada musim ini turut membenarkan perpindahan dan pertukaran pemain import di kalangan pasukan yang bertanding.

Kisah Mohamad Ghaddar dari Kelantan ke JDT,  Marko Šimić melangkaui sempadan dari Negeri Sembilan ke Melaka adalah antara perpindahan sensasi pada jendela perpindahan kali ini.

Ini diikuti oleh perpindahan Mark Hartmann yang beralih angin dari Sarawak ke Pulau Pinang sehinggalah kisah Amri Yahyah kembali ke Selangor yang bagaikan sirih pulang ke gagang.

Perpindahan pada kali ini juga menampilkan nama-nama baru yang menjanjikan keterujaan buat pengikut bola sepak tanah air.

Bintang LevanteUD, Ignacio Insa disahkan menyertai kelab JDT sebagai pemain naturalisasi. Manakala bekas pemain Boca Juniors, Yamil Romero telah menampilkan sekilas kemampuannya ketika Perlawanan Akhir Piala FA yang lalu.

Sudah pasti peminat dan penyokong bola sepak tempatan sentiasa membelek dada akhbar di ruangan sukan untuk mengikuti perkembangan pasukan kesayangan masing-masing.

Kami bawakan kepada anda senarai penuh perpindahan untuk setiap pasukan di saingan Liga Malaysia sempena jendela perpindahan yang lalu.

Berikut adalah senarai perpindahan pemain di saingan Liga Super Malaysia 2017:

Felda United FC
Masuk:
Dino Djulbic (Dari Perth Glory FC, Australia), Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi (Dari Al-Hidd, Bahrain), K. Prabakaran (Dari Perlis FA), Safwan Hashim (Tiada Ikatan), Thiago Augusto Fernandes (Dari Manama Club, Bahrain), Curran Singh Ferns (Negeri Sembilan FA)

Keluar:
Farid Ramli (Ke Kuala Lumpur FA),Ilham Yusof (Ke UITM FC), Ridzuan Abdunloh Pula (Ke Terengganu FA),Mootaz El Jounaidi. Lucas Cano, Gastón Cellerino (Dilepaskan)

Johor Darul Ta’zim (JDT)
Masuk:
Ignacio Insa (Dari Levante UD, Sepanyol), Mohamad Ghaddar (Dari Kelantan FA)

Keluar:
Hadi Fayyadh Abdul Razak (Ke JDT II), Brian Ferreira (Dilepaskan)

Kelantan FA

Masuk:
Abou Bakr Al Mel (Dari AC Tripoli, Lubnan)

Keluar:
Nik Shahrul Azim Ab Halim (Ke Negeri Sembilan FA), Shahrul Hakim Rahim (Ke MISC-MIFA), Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (Ke MISC-MIFA), Mohamad Ghaddar (Ke JDT)

*Kelantan FA telah mendaftarkan seorang lagi pemain import ketika jendela perpindahan ini namun pihak pendaftar masih menunggu kelulusan perkara-perkara berkaitan dengan perundangan.

Kedah FA
Masuk:
Tiada

Keluar:
Raphi Azizan Mariappan (Dilepaskan)

Melaka United
Masuk:
Jasmin Mecinovikj (Dari FK Pelister, Macedonia), Norhakim Isa (Dari Perak FA), Nicholas Swirad (Dari JDT II), Fandi Othman (Dari JDT II), Felipe de Almeida Souza (Dari Oeste FC, Brazil), Azinee Taib (Dari JDT II), Marko Šimić (Dari Negeri Sembilan FA), S. Sivanesan (Dari PKNS FC)

Keluar:
Khairu Azrin Khazali (Ke PKNS FC), Amri Yahyah (Ke Selangor FA), Syed Sobri Syed Mohd (Ke T-Team FC), Akmal Ishak, Alif Samsudin, Abdul Thaufiq Abdul Haq, Tam Sheang Tsung, Godwin Antwi, Ilija Spasojević, Sergio Aguero (Dilepaskan)

Pahang FA
Masuk:
Yamil Romero (Dari Boca Juniors, Argentina)

Keluar:
Chinedu Dike (Dilepaskan)

Penang FA
Masuk:
Azidan Sarudin (Dari Kuala Lumpur FA), Sanna Nyassi (San Jose Earthquakes FC, USA), Mark Hartmann (Dari Sarawak FA), Brandon McDonald (Dari NAPA Rovers FC, Guam) R. Surendren (Tiada ikatan), Darwira Sazan, Elias Sulaiman (Didaftarkan semula)

Keluar:
Reinaldo Lobo, Diogo Ferreira, Andrew Russell (Dilepaskan)

Perak FA
Masuk:
Leandro dos Santos (Dari Luverdense FC, Brazil), Gilmar da Silva (Dari Boa Esporte, Brazil)

Keluar:
Hafiz Ramdan, Raffi Nagoorgani (Ke PKNP FC), Norhakim Isa (Ke Melaka United), Ridzuan Azly (Ke UITM FC, Faton Toski, Vladislav Mirchev (Dilepaskan)

PKNS FC
Masuk:
Khairu Azrin Khazali (Dari Melaka United), Jammeh Abdou (Dari Steve Biko FC, Gambia), Fábio Ferreira (Dari Central Coast Mariners FC, Australia), Pak Kwang-il (Dari Ehime FC, Japan), Tauffiq Ar Rasyid Johar (Tiada ikatan)

Keluar:
Sabre Mat Abu (Ke Negeri Sembilan FA), S. Sivanesan (Ke Melaka United), Arip Amiruddin, Gonzalo Soto, Lucas Espíndola, Matías Jadue (Dilepaskan)

Sarawak FA
Masuk:
Sahil Suhaimi (Dari Tampines Rovers FC, Singapura), Milos Rickovic (Dari FK Buducnost Podgorica, Montenegro)

Keluar:
Mark Hartmann (Ke Penang FA), Lee Jong-Ho (Dilepaskan)

Selangor FA
Masuk:
Rufino Segovia (Dari Kitchee SC, Hong Kong), Amri Yahyah (Dari Melaka United), Andik Vermanshah (Didaftarkan Semula)

Keluar:
Juliano Mineiro, Victor Astafei (Dilepaskan)

T-Team FC
Masuk:
Asrol Ibrahim (Dari Terengganu FA), Ooi Shee Keong (Dari MISC-MIFA), Syed Sobri Syed Mohd (Dari Melaka United), Joseph Yannick Ndjeng (Dari Espérance Sportive de Tunis, Tunisia)

Keluar:
Naim Zakaria, Muhammad Faudzi, Azrul Hazran Amiludin Baki, Farhod Tadjiev (Dilepaskan)


Berikut adalah senarai perpindahan pemain di saingan 100Plus Liga Perdana Malaysia 2017:

Johor Darul Ta’zim II (JDTII)
Masuk:
Hadi Fayyadh Abdul Razak (Dari JDT)

Keluar:
Nicholas Swirad, Fandi Othman, Azinee Taib (Ke Melaka United)

Kuala Lumpur FA
Masuk:
Farid Ramli (Dari Felda United FC), Paulo Josue (Dari Boa Esporte, Brazil)

Keluar:
Azidan Sarudin (Ke Penang FA), Modibo Konté (Ke Perlis FA)

Kuantan FA
Masuk:
Hazuan Daud (Tiada Ikatan)

Keluar:
Shafiq Mat Isa, Nur Zhafri Zaini (Dilepaskan)

MISC-MIFA
Masuk:
Mohamed Talaat Abdelrahman Abdou (Dari Al-Khabourah SC, Oman), Ezad Ariff Jamaluddin (Dari Negeri Sembilan FA), Shahrul Hakim Rahim, Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (Kelantan FA), Luiz Eduardo Purcino (Dari Sahab SC, Jordan), Kpah Sherman (Dari MP Black Aces FC, Afrika Selatan), Darshen Ganasen Pillay, Shin Jae-pil (Tiada Ikatan)

Keluar:
Ooi Shee Keong (Ke T-Team FC), Khairul Izzuwan Shaari, Alan Aciar, Michael Chukwubunna Ijezie, M. Yoganathan,K. Ravindran, Steven Imbiri, Mohamed Talaat Abdelrahman Abdou (Dilepaskan)

Negeri Sembilan FA
Masuk:
Nik Shahrul Azim Ab Halim ( Dari Kelantan FA), Jonathan Béhé (Dari Sabah FA), Sabre Mat Abu (Dari PKNS FC), Radzuan Abdullah (Tiada Ikatan)

Keluar:
Ezad Ariff Jamaluddin (Ke MISC-MIFA), Marko Šimić (Ke Melaka United), Curran Singh Ferns (Ke Felda United)

PDRM FA
Masuk:
V. Kavichelvan, Shamar Fadzil (Tiada Ikatan), Yasir Hanapi (Tampines Rovers FC, Singapura)

Keluar:
Faizol Hussain, Frédéric Pooda (Dilepaskan)

Perlis FA
Masuk:
Aliff Jamaluddin (Dari UKM FC), Amirul Aiman Amran (Dari PJ Rangers FC), Fikri Sudin (Dari PKNP FC), Maksimilian Fomin (Dari Saham Club, Oman), Modibo Konté (Dari Kuala Lumpur FA), Syamirul Shahadidi, Riduwan Ma’on, Ndumba Makeche (Tiada Ikatan)

Keluar:
K. Prabakaran (Ke Felda United FC), Muszaki Abu Bakar, V. Thirumurugan, Syafiq Johari, Fadzren Alias, Damion Stewart, Oh Kyu-bin, Park Yong-jun (Dilepaskan)

PKNP FC
Masuk:
Kim Hyeon-woo (Shan United FC, Myanmar), Azhar Arbi Radzuan (Tiada Ikatan), Raffi Nagoorgani , Hafiz Ramdan (Dari Perak FA)

Keluar:
Fikri Sudin (Ke Perlis FA), Harris Roslee, Muhamad Azmi, Azrul Nizam Muhammad (Dilepaskan)

Sabah FA
Masuk:
Lee Gil-hoon (Dari Hong Kong Sapling FC, Hong Kong), Heo Jae-nyeong (Dari Gwangju FC, South Korea),Rodoljub Paunović (Dari FK Iskra Danilovgrad, Montenegro), Francis Kasonde (Dari Power Dynamos FC, Zambia)

Keluar:
Jonathan Béhé (Ke Negeri Sembilan), Masaya Jitozono, Igor Čerina, Sofiane Choubani (Dilepaskan)

Terengganu FA
Masuk:
Faizal Yusoff (Dari Sungai Ara FC), Gabriel Davis (Dari Tupi FC, Brazil), Tchetche Hermann Brice Kipre (Al- Suwaiq Club, Oman), Azi Shahril Azmi (Tiada Ikatan), Ridzuan Abdunloh Pula (Felda United FC)

Keluar:
Asrol Ibrahim (Ke T-Team FC), Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman, Lutfulla Turaev, Federico Falcone (Dilepaskan)

UITM FC
Masuk:
Ridzuan Azly Hussham (Dari Perak FA), Ilham Yusof (Dari Felda United FC)

Keluar:
Khairul Akhyar Husain, Wan Khairil Azwa W Jusoh (Dilepaskan)


Kepada semua pemain dan pasukan yang akan meneruskan saingan Liga Malaysia dan juga Piala Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, kami ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya!

Sumber:

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP)

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!