EURO B-21 2017: England Menjadi Pasukan Pilihan, Anda Setuju?

Baru seminggu England ditabalkan sebagai Juara Piala Dunia Bawah-20 di Korea Selatan. Ia seolah secara tidak sengaja memberikan tumpuan kepada pasukan Bawah-21 negara itu.

Pasukan Bawah-21 England akan mengharungi EURO Bawah-21 di Poland.

Pengenalan dan format

Kejohanan ini dianjurkan pada 16 Jun hingga 30 Jun 2017. Kejohanan ini berlangsung dua tahun sekali.

Poland menjadi tuan rumah. Kejohanan ini buat pertama kalinya memperkenalkan format 3 kumpulan dengan menyaksikan 4 pasukan untuk 1 kumpulan.

Sebelum ini, 8 pasukan sahaja yang bertanding yang diasingkan kepada 2 kumpulan. Formatnya mudah untuk 12 pasukan ini.

Juara kumpulan akan terus layak ke separuh akhir. Baki 1 lagi pasukan separuh akhir ditentukan melalui pasukan tempat kedua terbaik setiap kumpulan.

Undian

Tuan rumah, Poland diletakkan bersama Slovakia, Sweden dan England untuk Kumpulan A. Dua negara berjiran, Portugal dan Sepanyol diundi bersama Kumpulan B. Serbia dan Macedonia juga diundi ke Kumpulan B.

Kumpulan C pula menyaksikan Jerman, Republik Czech, Denmark dan Itali diletakkan bersama.

Eksperimen

UEFA sudi memperkenalkan eksperimen pemain pertukaran keempat sekiranya berlaku masa tambahan untuk kejohanan ini. Jika ia berlaku, ia hanya melibatkan 3 perlawanan yakni 2 perlawanan separuh akhir dan 1 perlawanan akhir.

Bingkisan sejarah

Mulanya,  kejohanan ini dikenali sebagai EURO Bawah-23 semasa kejohanan sulung pada 1972. Namun, mulai edisi 1978, UEFA bertindak menurunkan had umur kepada bawah-20 sehingga hari ini.

Malah, format 8 pasukan ini sdah bermula sejak 1978! Itali menjuarainya 5 kali, Sepanyol mengikuti rapat dengan 4 kali.

England, Soviet Union (kini dikenali sebagai Rusia) dan Belanda menyapu kejuaraan dua kali. Serbia, Jerman, Perancis, Republik Czech dan Sweden menjulang masing-masing sekali.

Kesimpulan

Menurut UEFA, kejohanan ini dikatakan menjadi batu loncatan untuk beberapa bintang seperti Andrea Pirlo, Frank Lampard dan Petr Cech.

Mungkin sekurang-kurangnya ada beberapa pemain akan menjadi tumpuan kejohanan kali ini.

Adakah England akan menyimpan 2 trofi major dalam kabinet pasukan muda mereka?

Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN