Cara Salah Sambut Kejuaraan, Derma RM160 Ribu Bina Pusat Ambulan Di Kampung

Mohamed Salah Kejuaraan Pusat Ambulan

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah percaya ada cara lain yang jauh lebih baik untuk meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding rakan-rakannya yang berparti dan ‘minum’ selama beberapa hari.

Menurut laporan DailyMail, pemain sayap itu telah mendermakan £30,000 kepada komuniti di kampung halamannya di Nagrig, Mesir demi membantu usaha memerangi pandemik coronavirus.

Beliau mengamanahkan agar duit tersebut digunakan untuk membina sebuah pusat ambulan supaya boleh digunakan untuk membantu pihak berwajib membuat kerja-kerja menguruskan pesakit dengan lebih efisyen.

Bapa Salah, Salah Ghaly bersama Datuk Bandar Nagrid, Tarek Rahmy secara rasminya membuka pusat perubatan tersebut pada minggu lepas.

Usaha tersebut menyerlahkan lagi sifat dermawan pemain berusia 28 tahun itu yang tidak lokek yang mendermakan sebahagian besar harta miliknya kepada golongan yang memerlukan dan mendapat pujian pelbagai pihak.

Salah sebelum ini juga pernah menaja perbelanjaan persekolahan murid-murid kurang berkemampuan, membina pusat sukan, peralatan perubatan dan loji rawatan kumbahan di kampung halamannya.

Malah beliau juga sebelum ini pernah dilaporkan telah membayar duit minyak untuk semua pelanggan di sebuah stesyen minyak di Sainsbury.

https://twitter.com/emeczy/status/1253695455826972684?s=20

Malah pemain antarabangsa Mesir itu juga bermurah hati menyumbang barang-barang  atau pek makanan kepada individu atau keluarga yang terputus bekalan makanan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp turut mengakui kebaikan hati Salah telah menjadikan beliau contoh tauladan buat pemain-pemain lain di kelabnya.

Liverpool yang tewas 4-0 kepada Manchester City tempoh hari tanpa Salah akan bertemu Aston Villa pada Ahad untuk melengkapkan baki perlawanan musim ini selepas telah pun mengesahkan kejuaraan EPL pertama mereka.

Kredit Foto: Sokkaa_RSS

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mohamed Salah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN