“Cara Kendalian Pan Gon Lebih Kurang Sama Seperti Bojan” – Zhafri Yahya

Zhafri Yahya selaku pemain tengah berpengaruh Kuala Lumpur City tidak akan mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan kepada beliau setelah menerima panggilan buat pertama kali dalam karier untuk menyertai skuad Harimau Malaya.

Tekad pemain tersebut setelah menerima panggilan menyertai kem negara adalah untuk memberi segala yang terbaik bagi memikat barisan jurulatih kebangsaan selain ingin membalas kepercayaan penuh para peminat yang meletakkan harapan kepada beliau.

Walaupun begitu, pemain yang berketinggian 1.69 meter ini mengaku dirinya mungkin memerlukan sedikit masa untuk memahami corak permainan yang diterapkan oleh Kim Pan Gon berbanding rakan yang lain.

“Menjadi impian saya beraksi untuk Harimau Malaya sejak menyertai KL City (pada 2016). Apabila berada di bawah kendalian Bojan Hodak, beliau beri saya banyak ruang dan peluang untuk saya buktikan kemampuan, akhirnya saya berjaya membuktikannya kepada beliau dan pasukan.

“Selepas dua hari latihan, saya rasa cara kendalian latihan Pan Gon lebih kurang sama dengan Bojan. Pencapaian pertama ingin berada dalam skuad Harimau Malaya, kedua saya ingin sekurang-kurangnya dapatkan minit permainan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari semalam menerusi Bernama.

Sebelum itu, Zhafri pada awalnya telah diletakkan dalam senarai menunggu sebelum dipanggil menyertai skuad kebangsaan bagi menggantikan penyerang Petaling Jaya City yang telah dijangkiti virus Covid-19 iaitu Darren Lok.

Pemain ini telah mempamerkan rentak permainan yang amat memberansangkan tahun lalu bersama KL City dan prestasi beliau pada awal musim ini juga sangat bagus apabila berjaya meledak tiga gol sepanjang tiga perlawanan untuk membuktikan Zhafri berada dalam kelas tersendiri bagi kategori pemain tempatan.

Skuad kebangsaan bakal berlepas ke Singapura tidak lama lagi bagi mengharungi tiga aksi persahabatan di sana untuk menentang pasukan Filipina, Singapura, dan kelab dari tuan rumah, Albirex Niigata serta ini menjadi tugasan pertama Kim Pan Gon bagj menguji Harimau Malaya setelah dilantik menjadi pengendali baharu Harimau Malaya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN