“Sarawak Sebuah Pasukan Sedang Meningkat Naik” – Gonzalo Soto

Gonzalo Soto selaku pertahanan import Sarawak United umpama tidak percaya apabila dirinya masih berpeluang untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) untuk kali kedua.

Setelah beraksi bersama PKNS pada lima tahun dulu, pada musim ini beliau memulakan cabaran baharu bersama Sarawak United dan pertahanan tinggi lampai itu akui tawaran beraksi di Malaysia merupakan sesuatu yang sangat dinantikan beliau.

Jelas beliau, detik tiga tahun beraksi di Liga Malaysia adalah sesuatu kenangan yang terindah dalam karier dirinya yang menjadikan dia tidak perlu berfikir panjang sebaik sahaja menerima tawaran kembali beraksi di sini.

“Apabila Elavarasan hubungi untuk datang kembali ke sini, saya memang tidak menolak peluang yang diberikan kerana saya memang suka suasana di Malaysia.

“Tiga musim bersama PKNS, saya tidak boleh lupakan pengalaman manis semasa bermain di final Piala FA 2016 di mana kami tewas tipis kepada JDT dan harap saya boleh peroleh seauatu yang lebih baik kali ini.

“Saya mendengar banyak perkara menarik mengenai Sarawak yang merupakan sebuah pasukan sedang meningkat naik dan secara jujurnya, saya sangat gembira dapat kembali ke Liga Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, pemain berasal dari Argentina itu pernah beraksi selama tiga tahun bersama PKNS sebelum mengalami episod duka dalam isu kecederaan dan memaksa beliau diketepikan pada pertengahan 2017 akibat cedera di bahagian lutut.

Pada awal 2018, Soto pernah meluahkan hasrat untuk kembali beraksi di Liga Malaysia namun tidak ada sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan biarpun beliau sudah kembali pulih sepenuhnya sehingga pemain ini membuka lembaran dalam karier untuk beraksi di Ecuador.

Pemain ini mula diturunkan pada perlawanan menentang JDT dalam aksi kedua Liga Super di mana Sarawak tewas pada pasukan itu dengan keputusan penuh 0-6 di Stadium Sultan Ibrahim sebelum Soto kembali membantu pasukannya bangkit dengan mencipta kemenangan besar ke atas Ultimate FC dalam aksi pusingan pertama Piala FA dengan keputusan 7-0.

“Pasukan ini mempunyai ramai pemain baru yang saya rasa mungkin mengambil masa untuk kami memahami corak permainan antara satu sama lain.

“Saya sendiri baru dapat mengenali pemain-pemain ketika berdepan JDT, itu pun selepas saya dikuarantin.

“Harap dengan masa rehat yang ada sebelum Liga Super kembali bersambung, kami boleh memperbaiki segala kelemahan dan saya percaya potensi yang dimiliki Sarawak United,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN