Nampaknya, ada pemain yang benar-benar mahu meninggalkan Chelsea.
Pemain muda The Blues, Callum Hudson-Odoi kini telah menghantarkan permohonnan untuk berpindah kepada kelab itu secara rasmi.
Menurut laman Sky Sports, pemain muda itu telah menghantar permohonan untuk berpindah kerana ingin memateri perpindahan ke Bayern Munich.
Hal ini kerana, sebelum ini kelab gergasi Jerman itu pernah cuba untuk mendapatkan pemain itu kepada Chelsea. Namun bidaan yang dilakukan oleh Bayern Munich ditolak dengan mudah oleh Chelsea.
Dengan hanya seminggu saja lagi sebelum jendela perpindahan Januari ditutup, Hudson-Odoi cuba untuk memecahkan tembok yang dipasang oleh pihak Chelsea kerana pemain itu berasakan peluang untuk membina semula kariernya adalah di Jerman.
Hal ini kerana, Hudson-Odoi yang hanya melakukan 14 penampilan bersama Chelsea berasakan peluang yang beliau peroleh di Chelsea cukup terhad dan dirinya mahukan lebih banyak peluang beraksi untuk meningkatkan permainannya.
Buat masa sekarang, Bayern Munich jelas komited untuk mendapatkan pemain tersebut dengan mereka telah menghantar bidaan rasmi yang keempat kepada Chelsea.
Akan tetapi, Chelsea masih belum lagi memberikan sebarang respon terhadap tawaran tersebut.
Hudson-Odoi jelas begitu tertarik dengan perpindahan ke Bayern Munich, bukan kerana beliau berhadapan dengan prospek untuk beraksi dengan salah satu kelab utama di Eropah.
Malah beliau turut teruja selepas melihat pemain muda England seperti Jadon Sancho yang kini cukup cemerlang bersama Borussia Dortmund.
Ia merupakan satu situasi yang jarang dilihat apabila tidak ramai pemain berdarah Inggeris mengambil keputusan untuk beraksi di luar negara.