Alvaro Morata Bakal Lengkapkan Perpindahan Ke Atletico Madrid

Nampaknya, masa sukar yang beliau peroleh bersama bola sepak Inggeris bakal berakhir.

Pemain Chelsea, Alvaro Morata dijangka akan melengkapkan perpindahan beliau dari Chelsea ke kelab La Liga iaitu Atletico Madrid.

Menurut laman Sky Sports, Morata akan melengkapkan perpindahan beliau ke Atletico Madrid dengan melakukan ujian perubatan di kelab tersebut.

Ia merupakan satu skrip yang sudah diketahui oleh ramai pihak selepas pemain itu gagal untuk memberikan impak yang diharapkan semasa mula-mula tiba di Chelsea.

Beliau jelas tidak mampu memberikan persembahan yang diharapkan seperti mana aksi yang dihasilkan ketika bersama-sama Antonio Conte di Serie A bersama-sama Juventus.

Morata yang kemudiannya dibawa oleh Conte sendiri ke Stamford Bridge gagal menghidupkan prestasi cemerlangnya di Itali. Malah ada yang dikaitkan dengan sumpahan jersi bernombor 9 yang menghantui setiap penyarungnya di Chelsea termasuklah bekas penyerang kelab itu – Fernando Torres.

Dengan kehadiran Gonzalo Higuain ke Chelsea, ianya telah memberikan isyarat jelas kepada perlunya Morata untuk berpindah keluar dari kelab tersebut.

Atletico Madrid menjadi pilihannya. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada perpindahannya ke sana akan diterima dengan baik oleh peminat Real Madrid.

Hal ini kerana, harus diingat yang Morata merupakan bekas pemain Real Madrid satu ketika dahulu!

Beliau akan menyertai satu lagi bekas pemain Chelsea iaitu Diego Costa di Wanda Metropolitano.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN