Berita baik untuk anda yang suka sepak tonjol ketika bermain bola.
Serafino, sebuah syarikat penghasil but dari England, mendakwa telah mencipta revolusi baru dalam pembuatan but bola – dengan memperkenalkan Serafino 4TH Edge.
Serafino 4TH Edge dirancang untuk dilancarkan pada Januari 2016.
But ini menggabungkan tradisi but kulit konvensional beserta kawasan hujung but yang diratakan, bertujuan untuk memperbaiki ketepatan dan kuasa sepakan tonjol pemain.
Antara kelebihan lain yang diberikan oleh Serafino 4TH Edge mengikut maklumat di laman Kickstarter mereka adalah:
- Penambahan zon sepakan sebanyak 33% berbanding but biasa.
- Menawarkan keselesaan kepada pemakai berbanding but biasa.
3. Membantu pemain mengelak kecederaan metatarsal.
4. Membantu kebolehan pemain menggunakan 2 kaki.
Untuk melancarkan but ini, Serafino melancarkan kempen fundraising untuk mengumpul modal menghasilkan but ini secara komersial.
Mereka memerlukan £95,000 dan sedang mengumpul £4,800 ketika artikel ini ditulis.
Apa yang menariknya, penghasilan but ini juga sudah menerima sokongan daripada bekas penyerang Tottenham Hotspur, Garth Crooks dan bekas pengurus West Ham, Spurs dan QPR, Harry Redknapp.
Menurut Crooks:
“Saya boleh bayangkan penyerang menggunakan but ini dan rasa selesa untuk sepak tonjol di kawasan kotak penalti. Itulah kelebihan terbesar but ini.”
Redknapp pula teringat bekas pemainnya di West Ham yang mungkin akan menghargai Serafino 4TH Edge:
“Ia but yang sangat selesa bila saya pakai. Dan but ini keras di bahagian depan.”
Ini boleh memberi dimensi baru kepada penyerang untuk membuat sepakan tonjol ketika diberi tekanan oleh pemain pertahanan.”
“Ini mengingatkan saya kepada seorang penyerang saya di West Ham yang menjaringkan banyak gol dengan sepakan tonjol.”
Apa pula kata anda? Adakah anda rasa but ini akan menjadi popular?
Baca juga: Senarai But Yang Dipakai Oleh Pemain-pemain Terbaik Di Dunia