Quantcast

BERITA

Presiden Palermo Naik Gila Di Radio, Maki Pemain Sendiri Dan Ancam Jual

Presiden Palermo, Maurizio Zamparini memberi temuramah yang panas semalam selepas memaki pemainnya sendiri dan mengancam untuk menjual mereka dan kelab.



Temu ramah tersebut diatur oleh Radio 24 berhubung keputusan kontroversinya memecat pengurus Palermo, Beppe Iachini, meskipun Palermo menang 1-0 Chievo baru-baru ini.

Palermo kini berada di tangga ke-12 Serie A Itali.

Keputusan Zamaparini memecat pengurusnya mengundang kritikan pemain Palermo, Enzo Maresca dan Franco Vazquez di media sosial.

Vazquez menulis di Twitter:

“Saya sedih dengan berita yang saya beru terima ini (Iachini dipecat). Tetapi bola sepak banyak ketidakadilan yang besar macam ini.”

https://twitter.com/mudo_vazquez/status/664018087918858241

Ketika diminta mengulas komen Maresca dan Vazquez, Zamparini terus mengamuk.

“Saya presiden kelab ini dan mereka (Maresca dan Vazquez) perlu hormat kelab.”

“Di Itali, nasib baiklah ada peraturuan bodoh yang mengatakan pemain bola sepak adalah pekerja di kelab.”

“Komen Maresca sangat merepek. Saya masih sayangkan dia, tapi saya kena beri dia amaran supaya dia tak cakap benda-benda merepek lagi.”

“Dia cakap Iachini membantu kelab dapatkan €60 juta. Itu tak betul.”

“Semua pemain menyokong saya. Kecuali 2 pemain: Maresca dan Vazquez. Mulai sekarang, setiap pemain yang nak bercakap tentang kelab kena minta kebenaran saya.”

Zamaparini turut menjelaskan keuntungan Palermo musim lepas dijana melalui hasil jualan Paulo Dybala.

“Maresca perlu fikirkan tentang gaji €500,000 yang diraih pada umurnya. Vazquez dapat €800,000.”

“Akaun kelab pada tahun lepas menunjukkan hutang €23 juta. Nasib baiklah kami dapat jual Paulo Dybala.”



Tambah gila, Zamaparini turut kedengaran seperti mahu menjual pemainnya di radio.

“Jika ada kelab yang memberi saya €30 juta untuk membeli Vazquez, saya akan jual terus.”



Ketika ditanya mengapa beliau memecat Iachini selepas kemenangan 1-0 ke atas Chievo? Zamparini menjawab:

“Selepas perlawanan tersebut, saya hantar SMS kepada Iachini.”

“Saya beritahu dia: 11 pemain yang bermain tadi adalah barisan pemain paling teruk pernah saya jumpa. Tapi sekurang-kurangnya awak ada satu benda yang berharga – nasib yang baik.”

Jika menjual pemain di rancangan radio belum cukup gila, Zamparini turut mendedahkan hasratnya untuk menjual kelabnya secara live di radio.

“Keluarga saya mahu saya tinggalkan bola sepak kerana sukan ini memberi saya tekanan.”

“Jika saya jumpa seseorang yang mahu membeli Palermo, saya bersedia untuk jual.”

Baca juga: 10 Pemain Dengan Gaji Paling Tinggi Dalam Serie A Itali

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!