Quantcast

BERITA

Jawapan Rakyat Singapura Apabila Ditanya Kenapa Pakai Jersi Jepun: Kagawa Bekas Pemain Man United

Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 kumpulan E di Singapore Sports Hub semalam, Singapura melayan kunjungan Jepun.

Seramai 33,000 penonton membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Dan sebagai tuan rumah, tak hairanlah majoriti penonton terdiri daripada rakyat Singapura.

Bagaimanapun terdapat sebilangan kecil rakyat Singapura yang seakan-akan keliru dengan identiti kebangsaan mereka.

Seperti biasa, ada rakyat Singapura yang memakai jersi Manchester United dan Liverpool untuk menyaksikan pasukan negara mereka bermain.

Dan yang paling menghairankan, ada juga rakyat Singapura yang memakai jersi Jepun, seteru Singapura dalam perlawanan semalam.

Ketika ditemu ramah oleh krew stesen televisyen Supersports 360, seorang rakyat Singapura yang memakai jersi Jepun menjawab:

“Singapura masih berada dalam jiwa dan sanubari saya. Tetapi dalam hal berkaitan bola sepak, saya sokong Jepun.”

“Gaya permainan Singapura masih lagi tak mencapai tahap Eropah dan Jepun. Itu sebab orang Singapura sokong Jepun.”

singapore1

Seorang lagi rakyat Singapura berterus-terang memberitahu prestasi Jepun yang lebih baik daripada Singapura mendorongnya menyokong Jepun.

“Sebab prestasi mereka (Jepun) dalam Piala Dunia lebih baik daripada Singapura.”

Ada juga yang menyokong Jepun kerana berkahwin dengan orang Jepun.

“Isteri saya orang Jepun. Itu sebab saya sokong Jepun. Itu saja.”

singapore2

Kami suka dengan jawapun jujur lelaki ini.

“Sebab ini saja jersi yang saya ada.”

singapore3

Tak salah untuk menyokong kelab Liga Perdana Inggeris. Tetapi itu tak bermaksud anda perlu menyokong negara kelahiran bekas pemain kelab kegemaran anda.

Terutama sekali apabila negaranya menentang negara tanah tumpah darah anda.

Tetapi hakikatnya inilah salah satu jawapan rakyat Singapura ketika ditanya mengapa beliau menyokong Jepun.

“Satu-satunya sebab saya sokong Jepun adalah kerana Kagawa merupakan bekas pemain Manchester United. Dan mereka juga ada pemain dari kelab yang saya sokong juga.”

singapore4

Ada juga yang mengaku ‘terpaksa’ memakai jersi Singapura walaupun mereka sebenarnya tak mahu.

“Ia seperti memakai baju kurung semasa Hari Raya. Anda tak nak pakai, tapi ibu bapa anda paksa suruh pakai.”

Untuk rekod, Jepun menewaskan Singapura 3-0 semalam. Gol Jepun dijaringkan oleh Mu Kanazaki. Keisuke Honda dan Maya Yoshida.

Over 33,000 fans attended the match between Football Association of Singapore's national team and Japan National Football Team at the Singapore Sports Hub. But how many of these Singaporean fans were rooting for the home side? SuperSports 360 investigates how patriotic Singapore football fans really are.

Posted by SuperSports 360 on Friday, November 13, 2015

Baca juga: Filem Bola Sepak Malaysia: Mampukah Ia Mengubah Mindset Masyarakat Kita?