Bukan Pilihan Utama Ke Mongolia, Kini Azfar Fikri Berada Di Awang-Awangan Dengan 2 Gol

Azfar Fikri Azhar Malaysia B-22 kelayakan Piala Asia B-23 2 gol Mongolia

Beliau bukan pilihan utama untuk ke pusingan kelayakan Piala Asia B-23 yang berlangsung di Mongolia saat ini, namun selepas seorang pemain di kem latihan pusat mengalami kecederaan, Azfar Fikri telah dipanggil.

Beliau telah dipanggil pada 13 Oktober selepas Ahmad Aysar Hadi mengalami kecederaan ketika sesi latihan dan tanpa menoleh ke belakang, beliau menerima panggilan kecemasan pengendali, Brad Maloney kepadanya.

Hadir selaku pilihan kedua, beliau bersyukur apabila dapat bersama skuad ini untuk membawa harapan negara mara buat kali kedua dalam sejarah negara mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 pada Jun depan.

“Sejujurnya saya tidak menduga terpilih menyarung jersi skuad kebangsaan dalam kelayakan Piala Asia B-23, lebih-lebih lagi hanya kurang seminggu berada dalam kem latihan bagi menggantikan pemain yang cedera.

“Terima kasih kepada barisan kejurulatihan pasukan negara yang diketuai Brad Maloney kerana memberikan kepercayaan kepada saya,” ungkapnya ketika namanya kembali tersenarai untuk bersama skuad kebangsaan.

Dan, beliau tidak mensia-siakan panggilan kecemasan itu. Ketika semua mata tertumpu kepada Luqman Hakim untuk mencipta jaringan, beliau yang akhirnya berjaya merobek gawang lawan, bukan sekali tetapi dua kali.

“Ia satu perasaan yang menakjubkan,” ujarnya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Mongolia.

“Pertamanya, terima kasih kepada semua rakan sepasukan. Kami bekerja keras sepanjang perlawanan dan akhirnya kami meraih keputusan [positif]. Kami dapat tiga mata hari ini, Alhamdulillah,” tambahnya lagi.

“Terima kasih kepada para penyokong yang sentiasa bagi kata-kata semangat terutamanya di media sosial. Saya baca semuanya. Alhamdulillah, kita berjaya capai kemenangan hari ini. Kita harap, aksi selepas ini kita akan dapat buat yang lebih baik untuk senang layak ke Piala Asia dan capai sasaran kita,” ungkapnya lanjut.

Bercakap kepada Stadium Astro, beliau tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Luqman Hakim yang telah banyak membantunya. Katanya, “Rakan sepasukan banyak beri sokongan terutama Luqman.”

Azfar Fikri muncul wira dalam kedua-dua aksi, menang 1-0 ke atas Laos dan Mongolia. Ia kemenangan bermakna buatnya dan skuad negara yang kini merupakan pendahulu Kumpulan J dengan enam mata.

Menjadi salah seorang penyerang dalam tiga rangkaian serangan yang dibina Brad Maloney, Azfar Fikri merupakan pemain sayap Terengganu FC II. Berdepan Laos, Malaysia meletak Azfar Fikri, Syafik Ismail dan Luqman Hakim sementara berdepan Mongolia, Syafik Ismail telah digugurkan untuk Hakimi Abdullah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN