“Tahu Bila Nak Buang ‘Sampah'” – Pjanic Puji Barcelona Laju Pecat Koeman

Miralem Pjanic

Mantan pemain Barcelona, Miralem Pjanic secara halusnya memuji tindakan pengurusan tertinggi bekas kelabnya itu yang memecat Ronald Koeman baru-baru ini.

Tempoh hari, Koeman dipecat dari jawatannya sebagai pengurus selepas Barcelona mengalami kekalahan kepada Rayo Vallecano menerusi jaringan Radamel Falcao.

RASMI: Jodoh Ronald Koeman Dengan Barcelona Kini Berakhir

Tahu bila nak singkirkan ‘sampah’

Menerusi siaran Instagram Story (IG Story) Pjanic, yang kini bermain untuk Besiktas itu dilihat menyiarkan sebuah kata-kata pujangga moden sebaik sahaja Koeman disingkirkan dari kerjanya.

“Tahu bila nak singkirkan ‘sampah’,” ujar kata-kata pujangga moden yang disiarkan Pjanic itu.

Ianya kemudiannya disusuli dengan emoji simbol tangan yang membawa maksud “OK” di IG Story tersebut.

jani

Miralem Pjanic
Sumber: Instagram Story Miralem Pjanic (@miralem_pjanic)

Pjanjic seolah-olah bersetuju dengan kenyataan itu sambil memuji tindakan Barca yang pantas memecat pengurus yang dilihat tidak cukup bagus untuk kelab itu.

Koeman dipecat selepas beberapa keputusan yang memalukan Barcelona terutamanya prestasi dalam saingan La Liga.

Sambil itu, mereka juga tewas di laman sendiri kepada Real Madrid yang membuatkan Koeman dikepung oleh penyokong sendiri dalam perjalanan pulang.

Legenda kini kembali

Selepas pemecatan Koeman, spekulasi berlegar-legar mengenai siapakah yang bakal menggantikan pengurus dari Belanda itu.

Nama yang kerap disebut oleh orang ramai adalah legenda kelab iaitu Xavi Hernandez.

Beliau yang kini memimpin Al Sadd di Qatar dilihat sebagai calon terbaik untuk menggantikan Koeman kerana kefahamannya terhadap DNA Barcelona serta popularitinya dalam kalangan penyokong.

Xavi dilaporkan telah bersetuju untuk kembali ke Nou Camp dengan seawal-awal akan mengendalikan pasukan pada 6 November iaitu perlawanan menentang Celta Vigo.

Leave a Reply