“Bukan Kerana Wang” – Salah Tak Mahu Isu Kontrak Ganggu Fokus

Salah Liverpool

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah berkata rundingan kontrak baharunya bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan bukanlah kerana duit semata-mata.

Masa depan pemain antarabangsa Mesir tersebut d Anfield terus menjadi persoalan sejak sekian lama, namun masih belum berjaya dimuktamadkan sehingga kini.

Menurut laporan media British sebelum ini, pemain berusia 29 tahun tersebut semakin hampir untuk menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkan beliau di Liverpool sehingga penghujung kariernya.

“Saya tak tahu, saya ada setahun lagi [baki kontrak]. Saya rasa penyokong tahu apa yang saya mahu, tetapi dalam kontrak [baharu], ia bukanlah semuanya tentang duit,” ujar Salah dalam temubualnya bersama FourFourTwo.

“Jadi saya pun tak tahu, saya tak boleh nak cakap secara tepat. Saya ada setahun lagi dan tentunya penyokong tahu apa yang saya nak.

“Kelab ini memberi makna yang cukup besar kepada saya. Saya menikmati karier bola sepak saya di sini lebih dari tempat lain, saya telah berikan kelab ini segalanya dan seperti yang semua orang saksikan.

“Saya mempunyai banyak momen-momen luar biasa di sini, memenangi kejuaraan, menjaringkan gol, trofi peribadi. Ia ibarat keluarga di sini.”

Tanpa dapat disangkal lagi, Salah merupakan salah seorang penyerang paling prolifik di dunia sejak menyertai Liverpool dari AS Roma pada 2017 dan telah menjaringkan lebih 150 gol untuk kelab Inggeris tersebut.

Walaupun urusan kontrak baharu belum selesai, beliau memberi jaminan an terus kekal bersama pasukan pada musim depan.

“Saya tak risau, saya takkan biarkan diri saya gusar dengan sesuatu,” tambahnya lagi.

“Musim ini pun masih belum berakhir, jadi mari kita fokus untuk tamatkan musim ini dengan sebaik mungkin, itu yang paling penting. Nanti dalam tahun terakhir [kontrak]. kita akan lihta apa yang akan berlaku.

Berbaki enam perlawanan, Liverpool kini bersaing hebat dengan Manchester City dalam perebutan kejuaraan EPL dan sedang menduduki tangga kedua dengan 76 mata, hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu tersebut.

Kelab Marseyside tersebut juga dalam landasan terbaik untuk meraih kejuaraan quadruple selepas menjuarai Piala Liga dan mara ke perlawanan akhir Piala FA serta separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN