“Harap Pemain Tak Terikut Corak Permainan Lawan” – Gamel Anggap Misi Sukar Tentang Penang

Selepas mengharungi tiga perlawanan dalam saingan Liga Super musim 2022, Sri Pahang kini masih lagi gagal untuk menoktahkan sebarang kemenangan apabila hanya mencatat satu keputusan seri dan dua kekalahan untuk berada di kedudukan ke-11 carta liga kini.

Aksi malam ini menentang Penang menjadi sasaran mereka untuk kembali meraih kemenangan sulung bagi memperbaiki kedudukan semasa serta memberi kelegaan sedikit sekurangnya buat pengendali Sri Pahang iaitu Christophe Gamel yang dilihat agak buntu dengan keadaan semasa skuad.

Pengendali dari Perancis tersebut melihat peluang dalam aksi malam ini sebagai 50-50 kerana menyedari Penang juga turun hadir untuk meraih kemenangan sulung mereka juga musim ini setelah agak longlai dalam beberapa perlawanan lalu di Stadium Darul Makmur.

Menurut Gamel, beliau melihat skuad kendalian Thomas Trucha itu memiliki beberapa kelebihan berbanding mereka terutama sekali di bahagian serangan yang agak ampuh.

“Penang juga memiliki barisan pemain pertahanan yang kental dan lebih pantas yang memerlukan Sri Pahang bekerja keras.

“Namun, saya harap pemain tidak terikut-ikut corak permainan lawan, sebaliknya dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka iaitu memastikan kemenangan buat Sri Pahang.

“Bagi saya perlawanan malam ini adalah sukar tetapi tiada yang mustahil untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini,” katanya menerusi Harian Metro.

Dalam masa sama, Gamel juga belum membuat kepastian sama ada pertahanan import mereka iaitu Johan Martial sedia atau tidak untuk diturunkan dalam misi getir Sri Pahang tersebut untuk meraih keputusan positif.

Menurut beliau, bagi mendapatkan kata putus mengenai aksi pertahanan kental itu, Gamel perlu menunggu sehingga latihan akhir bagi melihat tahap semasa Martial selain isu kecergasan pemain dari Perancis itu.

“Martial akan bermain atau tidak bergantung kepada latihan terakhir pasukan,” katanya.

Selain itu, pengendali import Sri Pahang ini juga mengharapkan agar sokongan padu dapat diberikan oleh para penyokong dengan turun hadir ke stadium supaya motivasi para pemain turut meningkat dengan sorakan padu mereka di Stadium Darul Makmur.

“Kehadiran penyokong akan memberikan semangat kepada kami, khususnya pemain untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Sri Pahang musim ini diperkuatkan dengan empat pemain import baharu iaitu Billy Ketkeophomphone, Mahmoud Za’tara, Mamadou Samassa, dan Johan Martial selain mengekalkan pemain tengah lincah musim lalu iaitu Manuel Hidalgo.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN