‘Mental Sudah Koyak’ – Pemain Muda Guangzhou FC Hanya Mahu Tinggalkan Johor Segera

China hanya mempunyai dua wakil di dalam pertandingan AFC Champions League (ACL) pada musim ini, iaitu Guangzhou FC dan Shandong Taishan.

Dua lagi pasukan, Chanchun Yatai dan Shanghai Haigang kedua-duanya telah menarik diri daripada pertandingan elit kelab-kelab Asia itu sejak dari awal lagi atas pelbagai sebab.

Ketidakstabilan liga domestik juga menyebabkan pasukan yang mengambil bahagian terpaksa menghantar hanya pemain muda untuk – atas nama pendedahan.

Masalahnya, sehingga kini hasilnya cukup mengaibkan.

Guangzhou merana

Guangzhou FC yang beraksi di dalam Kumpulan I di Johor turut menjadi tumpuan. Kelab ini pernah dianggap sebagai salah satu kelab paling mewah di dunia.

Marcello Lippi, Fabio Cannavaro dan Luis Felipe Scolari adalah antara jurulatih ternama dunia yang pernah mengendalikan pasukan itu. Paulinho, Robinho, dan Alessandro Diammanti antara yang pernah menyarung jersi pasukan tersebut.

Benar, Brad Maloney yang kini merupakan ketua jurulatih skuad B-23 negara juga pernah beraksi bersama pasukan ini pada 1995 – tetapi ketika itu kelab dari China masih lagi waras dan tidak berbelanja sewenang-wenangnya seperti yang mereka lakukan sedekad lalu sehingga menjerat diri pada hari ini.

Kita semua tahu apa berlaku selepas itu. Pada Februari lalu juara CSL sebanyak lapan kali itu bertindak melepaskan semua lima pemain kelahiran Brazil yang juga merupakan pemain naturalisasi China milik mereka.

Ia adalah antara tindakan yang terpaksa dilakukan oleh kelab selepas pemiliknya, China Evergrande mengalami masalah kewangan.

Mimpi ngeri di ACL 2022

ACL 2022 telah memberi mimpi ngeri buat barisan pemain muda Guangzhou FC setakar ini. Tewas 5-0 pada perlawanan pembukaan menentang JDT, perlawanan tersebut turut dicemari dengan layangan kad merah kepada salah seorang pemain mereka kerana tindakan menyepak kepada Bergson da Silva.

Tindakan luar biasa Guan Haojin itu mengundang padah apabila kontraknya ditamatkan pihak kelab sebagai hukuman selepas itu.

Malah, bukan setakat pemain itu turut dikenakan hukuman ‘pembuangan’ namun barisan kejurulatihan turut menerima tempias atas tindakan tidak profesional yang ditunjukkan Haojin pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Media sukan berpengkalan di Shanghai, Oriental Sports Daily turut melaporkan bagaimana pemain bertanggapan tindakan tersebut sebagai ‘kejam’ dan ia menjadi perbualan pemain dan anggota skuad Guangzhou FC di bilik persalinan.

Guangzhou kemudiannya terus runtuh dibelasah Kawasaki Frontale dengan jaringan 8-0, dan baru-baru ini sekali lagi tewas 3-0 kepada Ulsan Hyundai.

Tiga perlawanan, tiga kekalahan. Turut gagal menjaringkan sebarang gol dan dibolosi 16 kali, ini bermakna Guangzhou hanya akan menghadapi baki tiga perlawanan Kumpulan I untuk melengkapkan jadual perlawanan.

Media sama turut melaporkan bagaimana moral pemain Guangzhou FC kini begitu teruk selepas tiga kali diaibkan.

“Siri kekalahan [besar] telah menyebabkan mental pemain rosak teruk dan membuatkan atmosfera di bilik persalinan pemain-pemain muda ini tidak sihat. Mereka kini hanya mahu menamatkan pertandingan segera dan pulang sahaja ke China,” ujar laporan di dalam Oriental Sports Daily.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN